Saturday 21 February 2015

Resipi Kerabu Pucuk Paku

Assalammualaikum korang.

Tempoh hari masa aku kat kampung, ade orang bagi secekak (betul ke secekak? cikgu BM jangan marah aku ya) pucuk paku. Mula-mula ingat nak buat masak lemak pucuk paku. tapi dah selalu sangat makan masak lemak so aku dengan mak decide buat kerabulah. sedap jugak makan dengan nasik panas-panas dan sambal belacan.

So ini adalah resipi mak aku. Lets cekidaut.






Bahan-bahan

Ikan selayang 3 ekor (direbus / panggang)
kelapa Parut 1 biji (disangai)
Pucuk paku (dicelur)
bawang merah 3 biji (ditumbuk)
santan
cili api sebiji (dipotong halus) optional
serai sebatang (diracik halus)

Cara-caranya


ikan selayang yang dipanggang. tanpa minyak.




pucuk paku dicelur. ketepikan.




bawang merah ditumbuk bersama cili padi. setelah lumat, campurkan isi ikan yang telah dipanggang. tulang sila buang ya kalau takmo tecekik.



serai yang telah diracik halus. campurkan sekali dengan bawang tumbuk.




lupa nak snap gambar kelapa parut yang disangai. Ni yang aku dan campur pucuk paku dah. tapi senang je, lepas sangai kelapa tu, masukkan sikit santan, bagi santan tu masak dulu. ni PETUA untuk bagi kerabu ni lambat basi tau. agak-agak kelapa tu dah elok dan santan tu masak, masukkan bawang yang ditumbuk beserta pucuk paku. Gaul dan siap untuk dimakan!



Kerabu Pucuk Paku 






3 comments:

  1. macam tak susah, nanti nak try =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe jgn lupa try tau! Tq Hajar sbb melawat blog aini. Jgn lupa singgah sini lg ya :)

      Delete
  2. Suka baca your blog. Resipi simple2 je

    Kathy

    ReplyDelete