Aku ni jenis tak cerewet langsung pasal makanan. Makan kat mane-mane pun aku tak kisah janji halal lah kan. Kat rumah pun same, pakyong jenis yang tak cerewet ape aku masak semua dia makan. Kengkadang kalo dah tak sempat sangat nak masak, kitorang makan luar or tapau aje. Senang. Hidup jangan nak complicated sangat. Mane sempat kau buat, dah tak sempat tak payah.
Ni mase keluar dengan suci tempoh hari kat klcc. Nasi bojari. Ok-okla. Ade ayam goreng, udang sambal dengan rendang. Biase-biase je pada tekak aku tapi ayam dia sedap. Ish telan ailio plak.
Meatball spaghetti with bolognese sauce and cheese. Yang ni pakyong mintak aku masakkan sebab teliur katanye. Sonang jo sume campak-campak jer.
Masak lemak pisang. Mak aku masak. Sedapppppnyaaaaaa.. Makan pulak dengan sambal belacan. 3 pinggan settle.
Ni masa kat Bandung. Bebek pedas katanye. Rupa kurang memberangsangkan tapi rase dia not so bad. Boleh laa.
Duck wantan noodles. Kat foodcourt pavilion. Yang ni peberet aku. Sedap nau nau.
Aritu masak siakap 3 rasa untuk dinner.
Ni last week teliur nak makan mangga asam boi. So try buat abis 1 tupperware.
Ketagih betul benda ni.
Nasi daun pisang Nirwana Bangsar. Peria goreng tu sedap betul.. Telan ailio dah aku ni.
Peberet aku jugak ni. Masak seperiuk terus kuah makan lah sampai muntah.
Seafood Spaghetti kat Kopibin. Boleh tahan la.
Teruknya kualiti gambar handphone aku ni. huhuhu. Nasik lemak Ayam Rendang Rasa Utara. Rendang dia not bad.
Lauk yang boleh buat aku tambah nasik 2-3 kali. Budu ulam dan ikan goreng. Lauk paling senang nak masak. Muahaha. Tapi kat rumah takde geng nak makan budu sebab pakyonh jeling sebelah mata je tengok aku makan ni. Kampung katanye. Kalo balik batu arang, adik ipar aku yang paling kecik tu geng budu aku. Hehhehe.
Sekian....
PING ARTIKAL BLOG ANDA DI SINI UNTUK MENDAPATKAN LEBIH TRAFIK DI BLOG ANDA
ReplyDeletehttp://www.pingmeblog.com
Great readiing your post
ReplyDelete