Wednesday 25 March 2015

Sambut anniversary simple jer

12 march lepas kan aku and pakyong punya anniversary. Mula-mula pakyong ajak dinner kat luar je sebab kitorang memang jarang makan kat luar. Kalo tak masak pun mesti tapau then balik makan kat rumah. Sebab budak bedua ni kalo datang mood okay, memang ok sangat. Tapi kalo dah start menangis menjerit secara berjemaah, tak tenang ku nak makan. Jadi baiklah makan dirumah sahaja. So hari khamis tersebut, memandangkan memang takmo dinner luar, so aku dendiam plan nak masak something untuk dinner berdua. Masak sesimple jer ape yang ade dalam peti aku. So bila dah tengok bahan-bahan yang ade, aku decide nak buat 1 kek nutella coklat, spaghetti aglio, chicken wings ngan air bandung. Hahhaa. Sendu je menu aku kan. Tapi biar la janji ku masak dengan penuh kasih sayang. Phui!




Memula buat kek ni dulu. Kek aku suka kukus sebab aku tak pandai bakar kek. Kang mesti hangus di luar pastu kat dalam tak masak. Nanti keras kedengkang jadinya. So kukus jelah senang. Dah siap ni so buh dalam peti. Dah dekat pakyong nak balik keje karang baru kuarkan. Tu pun sambil masak sambil bersilat ngan budak bedua ni. Dorang pantang betul la kalo aku duk dapur. Either nak mnyibuk ataupun menangis berjemaah. So nak taknak, jap masak jap benti main ngan dorang.





Chicken wings yang diperap. Karang tinggal nak bakar je. Bahan perap aku guna kicap manis, kicap masin, gula sikit dengan susu pekat manis. Kalo ade coke pun sedap kalo nak guna untuk perap.






Ok chicken wings siap!



Agak-agak pakyong dah nak sampai umah, so letak la pape yang patut seperti dalam gambarajah diatas. Simple sangat-sangat je aku buat. So malam tu kitorang pun 'candle light dinner' la sesame sambil suara cam tarzan gadoh ngn anak. Hahahhaha. 

Tuesday 24 March 2015

Persiapan birthday suci

Alhamdulillah sabtu yang lalu, aku dan pakyong telah mengadakan satu majlis ulangtahun birthday anak perempuan kami, anggun suci yang ke 3 tahun. Majlis kecil-kecilan je. Jadi harap maaf pada yang aku tak sempat nak invite. Takpe next time inshaAllah akan ku jemput.

Gambar sekitar majlis tak dapek lagi ku nak update sebab belum sempat transfer . So untuk entry kali ni, aku just nak ceritakan persiapan aku sebelum majlis bermula. Buat kenang-kenangan untuk masa hadapan.

Birthday uci ni aku dah plan 2 bulan before majlis. Oleh sebab aku yang paling excited nak buat, jadinya keseluruhan majlis aku yang kena plan. Tapi takpe sebab aku pun banyak masa lapang kat rumah. Sambil-sambil boleh aku usha kat blog orang lain camne dorang plan untuk birthday anak memasing. Pakyong sebagai menteri kewangan aku. Hahahaha. Aku tanya dia siap-siap berapa yang dia budget untuk majlis tu nanti. Sebab senang aku nak plan, mintak quotation suma. 

So pertama sekali mestila aku pikirkan tema ape untuk birthday uci. So since suci ni suka sangat dengan barney, aku pun decide untuk buat tema barney. Sebab bukan uci je yang suka barney, mak dia pun same. Hahaha. I love you you love me.. Lalalalala...

Then, plan berapa orang guest. Sape yang nak dijemput. Dah dapat anggaran berapa orang tetamu, so boleh plan kat mane tempat nak buat. Memula ku pikir nak buat kat kfc. Sebab ade package makan skali. Then pakyong bagi idea buat kat tempat yang kitorang selalu bawak uci wahyu main which is Kidz Paradise. So lepas usha harga, package, terms and conditions suma, oklah proceed buat kat situ. Call dorang booking sesiap. Kitorang decide ambik slot petang untuk hi-tea.

Then of course bab makan-makan. Thank you kat kawan aku Ruby yang tolong recommendkan catering Tanglin ni. Aku sangat berpuas hati. 

Lepastu aku nak buat goodie bag. Buat sikit-sikit je janji ade. Pakyong memula tak bagi buat sebab katenye package tu dah temasuk set happy meal untuk kids. Ade toys sekali. Tapi takpela, disebabkan aku ni mak yang over excited, dendiam aku contact orang yang bleh buatkan sticker untuk mineral wrapper, goodie bags, banner. Hahaha. Ni baru birthday, esok-esok anak nak kawin aku yang duk over kat situ. 




Order mineral wrapper. Beli mineral sendiri pastu tepek je situ.





Goodies. Simple jer. Just letak gula-gula and chocolate je untuk bebudak.

So far itu je kot yang aku nak update untuk entry ni. Ngantukkkk ya amat.. Huhuhuhu! Jom lah kita tido.. 

Monday 23 March 2015

Cpuv lagi. Thank you Nuffnang

Syukurrrrr... Happy sesangat. Last 2 weeks dapat 1st cpuv dari nuffnang. Mase tu dapat 3 iklan tak silap. Then a few days pastu tengok-tengok dapat lagi. Setakat ni alhamdulillah dah ade 14 iklan yang on going... Thank you banyak-banyak Nuffnang!! Muahhh!









Sunday 22 March 2015

Resipi Ayam Penyet Simple Dan Tutorial

Tempoh hari aku dah kebuntuan nak masak ape untuk dinner. Malam sebelum tu pakyong ade belikan beberapa ketul ayam. So pikir punye pikir, nak try buat ayam penyet lah. Sebab lauknya pun simple. Just gorengkan ayam and buat sambal je. Makan dengan nasik pepanas.  So try google a few recipes. Tapi banyak yang complicated sangat. So aku pun decide untuk buat resipi sendiri je. Jadinya if resipi yang aku tepek kat sini tak mengikut piawaian korang, harap maaf lah yer. Aku cuba buat sesimple yang mungkin...


Nasik Ayam Penyet Mommasuci








Mula-mula, rebus ayam dahulu. Letak seketul perencah ayam knor atau serbuk perasa kegemaran korang. Buh garam pun shud be no problem. Rebus jangan lama sangat. Dalam 10-15 minit gitu. Ade sesetengah orang, stok ayam tu dorang buat masak ngan nasik. Tapi aku suka ayam penyet yang makan ngan nasik putih je. Jadi stok ayam tu aku buat sup untuk hirup-hirup.




Sementara tunggu ayam yang direbus, panaskan kuali. Letak minyak sikit and goreng tomato, cili merah dan cili padi

Bahan-bahan untuk sambal

- tomato 2 bijik di potong kasar
- cili besar merah 4 biji potong 3
- cili padi 5 biji ikut kepedasan korang nak

Goreng sehingga semuanya empuk. Letak gula dan garam ikut selera korang. 





Masukkan tomato dan cili yang telah digoreng tadi. Tumbuk-tumbuk manja je. Sebab aku suka bila makan sambal tu tomato tak hancur sepenuhnya. Eh paham ke tidak ayat aku ni. Cam pelik je. Hahaha. Lantak situ. Then kalo korang suka sambal yang masam-masam, bolehlah perah sebijik limau. Tapi aku tak guna limau pun sebab buah tomato tu dah masam. Lagipun pakyong tak suka masam-masam sangat. 





Ok camni lah rupanya sambal tomato yang telah siap di goreng dan tumbuk. Buh lam peti dulu sementara nak tunggu makan karang.





Bahan-bahan untuk perapan ayam penyet

- bawang kecil 3 biji
- kunyit hidup seinci
- halia seinci
- serbuk kari ikan / ayam
- garam 

Semua bahan-bahan diatas korang blend sampai lunyai. Eh lumat. 


Ayam yang direbus tadi korang angkat dan tos kan. Kemudian perap dengan bahan-bahan blend tadi. Aku perap lebih kurang 9 jam. Terpulangla kalau nak perap 1-2 jam pun takde masalah.



Ayam yang telah siap diperap, aku celupkan dalam telur, kemudian celup dalam tepung beras then boleh terus goreng. Nanti ayam korang akan rase rangup-rangup cam ayam penyet kat kedai AP tu. 




Goreng dalam minyak yang banyak dan panas. Api jangan kuat sangat nanti hitam hangus ayam korang. Kekekee.



Ok siapp dan sedia untuk dimakan dengan nasik panas. Buh kicap manis sikit, pergh makan la korang sampai kenyang! 


Saturday 21 March 2015

Hari penting!!

Ok just a quick update. Arini tak dapat nak update entry pepanjang sebab ade bende penting nak buat. Doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar ya.. Nanti kak aini cita kat next entry inshaAllah.. :) 

Ok belanja sikit gambar suci and wahyu buat kakak-kakak dan abang-abang semua!




        






  



Friday 20 March 2015

Tak sabar!

Ok aku tak sabar nak tunggu hari besok sebenarnye. Kenape?? Nantikannnn nanti aku cita next entry ya!!! Ok entry pendek je... Byeeeee




Thursday 19 March 2015

Suci operate telinga Part II

Alhamdulillah lepas proses toreh tu (sorry aku tak tau medical term ape pasal toreh tu) suci nampak makin okay dan sihat. Operation untuk tutup lubang tu still tak dapat buat selagi umur suci belum 2 tahun. Time tu umur dia baru setahun 8 bulan.

Beberapa minggu sebelum suci masuk 2 tahun, again dia kena lagi infection tu. So doctor decide untuk terus buat pembedahan bagi menutup lubang kecil pada telinga suci. Kitorang masuk ward hari khamis, dan pembedahan dijadualkan pada jari jumaat. 


Pagi tu suci dah start kena puasa. Just boleh minum air ribena je sekotak.

Dalam jam 2 ptg, suci di bawa ke bilik pembedahan. Aku masuk sampai dalam. Temankan suci sehingga lah suci di'tidurkan'.. Doctor bius suh aku kisskan suci before keluar. Menjejeh air mata aku ni tau tak. Aku kan drama swasta tv3. Tunggu kat luar. Doctor cakap operation tu ambik masa dalam sejam lebih je. Tapi 2 jam lebih still tak siap-siap lagi. Aku mula lah cam ayam berak kapur. Jap bangun jap duduk. Alhamdulillah tak lama pastu settle. Doctor suh aku masuk dalam. Masuk-masuk tengok suci baru sedar dari bius and tengah nangis. Ambik dia and bawak masuk ward. 


Sejam lepas pembedahan. Suci dengan Papa. Suci still lalok lagi dengan ubat bius.





Kitorang berkampung dekat seminggu lebih jugak kat hospital. Sebab doctor nak monitor luka suci sampai baik. Terima kasih banyak-banyak aku ucapkan pada Datuk Dr. Solahudin dan nurse di ward kanak-kanak Kpj Tawakal. Tetiap ari dorang tolong cucikan tempay operate suci. Main dengan suci. Jasamu ku kenang.. 

Alhamdulillah sekarang Suci dah sihat dan pulih sepenuhnya.. Syukur padaMu Ya Allah.



Preauricular cysts, pits, fissures, and sinuses are benign congenital malformations of the preauricular soft tissues first described by Van Heusinger in 1864. Preauricular pits or fissures are located near the front of the ear and mark the entrance to a sinus tract that may travel under the skin near the ear cartilage. These tracts are lined with squamous epithelium and may sequester to produce epithelial-lined subcutaneous cysts or may become infected, leading to cellulitis or abscess.

Simple preauricular cysts should not be confused with first branchial cleft cysts. Branchial cleft anomalies are closely associated with the external auditory canal, tympanic membrane, angle of the mandible, and/or facial nerve. Misinterpreting a first brachial abnormality for a simple sinus tract may place the unsuspecting physician at risk for damaging the facial nerve, incompletely excising the lesion, or both.
Patients identified with preauricular pits or cysts should be examined for other congenital anomalies.



Wednesday 18 March 2015

Suci operate telinga. Pre auricular abscess Part I

Salam semua...

Suci ni sejak lahir, aku perasan kat atas daun telinga dia ade 1 lubang kecik. Tapi bila aku teringat yang 2 anak buah aku pun ade lubang yang same di tempat yang same so aku anggap benda tu biasa-biasa je. Sehingga umur suci masuk 2 bulan, aku saje gatal tangan picit lubang tu.. Sekali keluar cecair putih kekuningan cam nanah. Dan baunya sangat busuk. Again, atas kesilapan aku yang terlalu mengambil mudah so aku biarkan aje benda tu. Sehingga berlarutan bila usia suci nak masuk setahun. Aku perasan yang lubang tu jadi bengkak and merah. Masa tu aku balik terengganu. Suci yang sebelum ni tak pernah demam tetiba demam panas. 



Waktu ni temperature dia tinggi sangat-sangat. Aku pakaikan dia pampers je, on aircond and selimutkan dengan towel basah. Tapi suhu dia tetap tinggi. So disebabkan dia dah demam lebih dari 3 hari so aku decide bawak di gi hospital. Mase tu aku kat kampung, pakyong kat kuala lumpur. Tq kat kakak aku and abg ipar aku yang tolong bawak aku n suci gi kpj perdana kota bharu. Seperti yang aku jangka, suci kena admit. Rupa-rupanya demam suci disebabkan infection pada lubang kecik kat telinga dia yang aku citer kat korang tu.














Disebabkan suci masih kecik, so operation untuk tutup lubang kecik tu tak dapat dibuat. Sebab urat-urat still kecik lagi. At least kena tunggu suci umur 2 tahun. So kitorang stay hospital lebih kurang 4 malam. Hari kedua kat hospital, pakyong turun kb untuk temankan aku jaga suci.





8 bulan lepas tu, infection suci makin teruk. Again, dia demam panas. 














Nampak tak kat pipi dia tu? Haaa sampai camtu skali okay infection dia kena. Dalam tu penuh dengan nanah. So kitorang decide bawak suci ke Emergency kpj tawakal. Suci admit ward and di refer pada pakar telinga, Datuk Dr Solahudin. Bagus sangat-sangat doctor ni. Doctor decide untuk toreh tempat yang bengkak tu bagi mengeluarkan nanah kat dalam tu sebab takut keadaan akan makin teruk. Aku punya risau tak payah cakap la. Sedih tengok keadaan anak camtu. Tapi aku and pakyong perlu kuat demi anak. Kami di khabarkan bahawa nama penyakit suci ni ada lah Preauricular abcess and insurance memang takkan cover sakit ni. Kitorang redha. Dan decide untuk teruskan jugak demi anak kami.


Bersambung....
























Tuesday 17 March 2015

Patin masak tempoyak

Ahad lepas, suami aku ke Temerloh dengan office mate bagi menghadiri kenduri kahwin staf dia. So on the way balik tu, pakyong call aku....

"yang... kalo saya belikan patin tempoyak nak tak?"

"nakkkk...nakkkk" sambil lap air liur...

Aku memang peberet sangat patin masak tempoyak ni. Untuk pengetahuan korang, pakyong tak makan ikan patin apetah lagi tempoyak. dia selalu kutuk aku makan tempoyak. dia takleh terima buah-buahan yang dimakan dengan nasik. hahahaha. dia belum rase lagi kesedapan tempoyak ni. tu la takmo rase. cuba rase, pasti tambah nasik 3-4 kali. 





sedap gila okay. dapat lak bahagian ekor. yang ni pakyong beli kat Kedai Gobang Maju Temerloh. Sebelum ni nama kedai ni memang familiar kat aku. Patutla femes kedai ni, memang sedap okay langsung takde bau ikan tu. (sambil taip sambil telan air liur)





Pakyong belikan jugak sambal hitam pahang. siryes sedap tak tipunnn...


mekasih yang.. :)

Monday 16 March 2015

Puting Botol Susu Asyik Putus!!

Ya ampun..... sabar sangat aku ni dengan budak berdua ni. Suci and Wahyu. Tak taulah aku lately dorang suka sangat gigit puting botol susu sampai putus okay. ko sanggup hari-hari tukar puting botol baru pastu gigit lagi sampai putus. Nak kata dorang gatal gusi, dua-dua alhamdulillah dah tumbuh gigi penuh, 


Tiap kali 2 beradik ni hisap susu especially Suci, mesti akan ada puting botol susu yang putus, bukan putus sikit-sikit tau, tapi putus terus. Melimpah-limpah susu keluar. Lemah jantung ni rasanya.

Memula dulu pakai botol avent. Tapi bila asyik putus je puting, tak daya lah pakyong nak ulang alik beli puting yang bukan murah. 2 set dah $19.90. Dah tu kalo seminggu 3-4 kali putus camne tu? So pikir punya pikir. aku pun try tukar botol susu brand pureen. Hah lega banyak sebab puting pureen murah sikit. dalam $7-8 dah boleh dapat dah. 




Hari tu pakyong gi kedai, ada salesgirl tu cadangkan suh ambik tommee tippee. so gigihlah ayahnya belikan sebotol sorang. sebab salesgirl tu cakap puting tommee tippee ni tahan lasak. Tapi sebelum ni pernah gak kitorag guna botol susu brand tommee ni. Betul puting dia tahan lasak. Ye memang betol, tapi dorang tak tau gigi anak aku tu tahap gigi harimau. so end up putus jugak. Jadi marilah kita kembali kepada Pureen. Ok ini iklan tak berbayar. So pureen marilah taja puting susu untuk anak-anak aku...







budak yang kuat mengigit





kakak suci dan adik wahyu





mama harap pasni kamu kurangkanlah gigit puting botol tu ya....korang ade tips tak camne nak suh anak tak gigit puting botol ni?? T---T























Sunday 15 March 2015

Birthday suci

Alhamdulillah syukur padamu Ya Allah, harini genap usia Anggun Suci Binti Muhammad Nazrin  yang ke 3 tahun. Terasa cepat sangat masa berlalu. Pejam Celik suci dah 3 tahun dah.

Mama dan Papa doakan semoga Suci menjadi anak yang solehah, baik, menghormati orang tua, dan berjaya di dunia dan akhirat. Mama dan Papa akan sentiasa bersama-sama suci didalam senang mahupun susah.

Sayang kamu sangat-sangat Puteri hati kami...

Anggun Suci
















Anggun Suci, hari pertama dilahirkan :)


Saturday 14 March 2015

Attention! Pemenang GA anniversary

Salam sabtu semua... 

Proses pengeposan hadiah akan dibuat tidak lama lagi. So selepas ni sebarang email berkenaan tuntutan hadiah GA tidak akan diterima bagi yang belum bagi details. 

Buat yang dah email kat aini details anda, once aini dah pos hadiah nanti aini bagitau korang okay. Maafkan aini andai ade kekurangan dan kelemahan aini sepanjang giveaway ini berlangsung. Terima kasih banyak-banyak buat korang semua. Muah! Muah!

Resipi Sambal Hitam Pahang Simple













Sekarang ramai betul yang jual sambal hitam pahang ni baik kat IG mahupun fb. so far belum terjebak lagi nak beli. dulu masa balik kampung pernah rasa sambal ni time tu kakak aku yang order dari kawan dia. memang sedap makan dengan nasik panas-panas.

so kali ni mood ade merajin sikit nak buat entry untuk resipi sambal hitam pahang ni, walaupun tak terror mana lagi nak buat, tapi untuk makan tekak sendiri tu boleh la kot.

Gambar ni kiriman dari kakak aku yang rajin buat sambal hitam. Resipi olahan dari aku sendiri. So kalau resipi aku tak sama cam korang buat, just abaikan aje okay sebab ni aku buat yang simple-simple aje.








RESIPI SAMBAL HITAM PAHANG SIMPLE


Bahan-bahan yang diperlukan





Belimbing buluh. Kuantiti terpulang pada banyak mana korang nak masak.

- Ikan Bilis segengam
- cili padi
- bawang merah
- bawang putih 3-4 ulas
- kicap manis
- serbuk perasa
- garam
-gula
minyak untuk tumis




Belimbing buluh yang direbus. dah lembik nanti just ramas je bagi hancur. Ni cara aku la tak tau cara korang cemana. Belimbing buluh ni korang rebus tanpa air okay. sebab nanti masa proses merebus tu, jus belimbing buluh ni akan keluar. cuma korang kena bukak api very perlahan. Kena rajin kacau sebab takut nanti hangit plak. Tunggu sehingga belimbing ni kecut dan berubah warna gelap.





Ikan bilis ni korang rendam bagi lembut. Pastu tumbuk



Cara-cara untuk masak sambal hitam :-


1. Tumbuk cili api bersama Ikan bilis,bawang putih dan bawang merah sehingga lumat. 
2. Panaskan minyak dalam kuali.
3. Masukkan bahan tumbuk tadi (bawang merah, bawang putih dan cili). Tumis sehingga naik bau ya.
4, Kemudian masukkan belimbing buluh tadi yang telah hancur.
5. Perasakan dengan Kicap manis, garam dan gula. kalo korang jenis yang suka letak serbuk perisa leh masukkan sekali, tak bedosa pun.






Tadaaaa dah siap pun. Terpulang kat korang nak buat versi basah atau kering. Sebab taste memasing tak sama kan? Yang bagusnya sambal ni korang boleh buat banyak-banyak pastu simpan buat stok, Makan dengan nasik panas memang meletup!