Wednesday 29 April 2015

sabar jelah.....

aduhai apelah nasib. last week sehari sebelum pakyong outstation ke penang, iphone kak aini tetiba shut down. pastu bila try on kan balik, kat screen appear gambar usb cable dengan logo itunes. sampai ke sudah bila try on je kuar gambar tu.


courtesy of google image


dia kuar cam kat atas ni. kak aini cam dah nak nangis rasenye sebab yelah macam-macam kot simpan dalam tu. gambar pun ade dekat 5 ribu lebih. paling sayang sebab banyak gambar anak-anak dari baby sampai sekarang. korang...... camne nak buat niiiii.... :(

Wednesday 22 April 2015

Pengalaman diet sebulan turun 10kg

Lepas bersalinkan wahyu september 2013, berat aku naik tanpa ade belas simpati. Nak tercabut bijik mata and nak terkeluar jantung ni tiap kali pijak atas mesin penimbang.. Jadi pada january 2014 aku nekad nak kuruskan berat. Ok aku terus terang je mase tu berat aku 92kg okay mane tak rase nak pecah dada ni. So sebelum berat aku menggila cecah 3 digit, baik aku berubah sebelum terlambat. Mase tu aku belum tau lagi pasal atkins diet suma ni. So biasalah orang yang tanpa buat research pape terus nak diet semberono contohnya cam aku ni, so memang not-so-healthy-diet lah jawapnya. Benda pertama aku buat adelah cut nasik, mee, meehoon dan segala mak nenek carbs. Air manis pun tak minum, just minum air masak jer berliter-liter sampai rasa nak muntah. Silap aku, aku terus crash diet. Memang cara ni salah and please please jangan ikut. Memandangkan aku ni stay at home mom, so banyak masa aku kat rumah. Nak exercise gi jogging pun idok ler (alasan semata-mata padahal kat atas umah aku ni ade jer condo sediakan gym).. Tapi kalo dah dasar pemalas tu kan.. So aku cuma berharap pada exercise mop umah, vacuum umah, kemas umah and ade gak aku pasang lagu kuat-kuat pastu ajak suci dancing ngan aku. Memang berpeluh-peluh. Menu aku tiap-tiap hari adelah same. Aku akan panaskan air, letak chili flakes sikit bagi pedas and letak tauge. Takde garam takde apa. Bila panas-panas aku hirup. Memang tak sedap langsung sebab takde rase ape tapi apekan daya nak turunkan berat punya pasal. Sebijik epal hijau tu aku akan potong kecik-kecik and letak dalam peti. Bila lapar, selain minum air masak, aku akan ambik sepotong epal hijau tu and makan. Seminggu pertama memang hazab. Tapi lama-lama seronok plak sebab bila timbang, 1 hari mesti turun setengah kilo. 

Masa tu pakyong pun diet gak tapi dia buat cara die. Pakyong ni die punya diet memang mujarab and berkesan wei. Diet diet jap je badan die dah turun banyak gila. Breakfast die minum kopi tanpa gula. Roti bakar. Malam die makan buah-buahan 1 mangkuk. Sekejap je dah kurus. Aku? :( hari-hari makan sup tauge tawar. Weekend kitorang buat 1 hari untuk cheat day. Tapi still makan benda yang tak berat sangat. 

Hasilnya, dalam tempoh sebulan setengah berat aku turun dari 92kg ke 81kg. Happy gila! Target masa tu takmo turun banyak-banyak sangat. Aku nak dapatkan angka 7 kat depan cam 75kg ke. Dah dapat angka 7, then baru nak target turunkan ke angka 6 cam 66kg or 65kg.. Tapi sayangnya, mase tengah diet tu wahyu lak admit, saat ni lah diet aku hancusss lebusss ke laut jadinya. Sampaila sekarang :( berat aku sekarang usahlah ditanya. Huhuhu. So start isnin aritu aku start balik diet harap-harap berjayalah hendaknya. Cuma kali ni aku takmo "crash diet dah. Biar slow asalkan ade penurunan. Slow and steady. Semoga diri ini istiqamah hendaknya. Baju semua dah tak muat. Sedihnyaaaaa :(

         

         

          

         






Saturday 18 April 2015

Sarapan pagi yang mengundang tido

Nampak sangat kan dah takde idea nak update entry baru. Pasal breakfast pun nak cita sini. Hehehe.

Korang pagi ni breakfast apa? Kak aini pagi tadi tetiba ngidam nak makan nasik lemak sambal pedas-pedas. So bila check barang suma cukup, jadi moh la kita main masak-masak. Arini masuk dapo lambat sikit kul 8.30 baru start nak masak. Kul 9.30 sudahnye baru abis masak..

Sambal ikan bilis pedas menjejes airmata



  Goreng ayam dengan telo mata kerbau

Selalunya kalo kak aini masak weekend, memang akan masak lebih untuk bawak ke lunch kadang-kadang kalo tahap malas tu sampai tahap dewa, sampai ke dinner pun boleh. Nasik lupa nak snap gambar. Ala nasik lemak camtu jelah rupa dia, takde yang luar biasa pun.

Dah makan nasik lemak ni, lelagi buh santan sekotak, mata memang mengundang ngantuk lah jawapnye. Pakyong pas makan nasik 2 pinggan terus tesadai depan tv, pastu satgi pakai seluar dia datang bising kat aku cakap seluar suma dah ketat. Hahahah. Okay-okay besok kita start diet okay. 

Thursday 16 April 2015

Azam yang tidak kesampaian

Fuhhh ade ke orang update blog tengah memalam buta camni. Nampak tak busy ke tidak aku ni walaupun sekadar suri rumahtangga sepenuh masa. Huhuhu..

Cuba gak sedaya upaya untuk update blog ni at least selang sehari walaupun cita-citaku pada awalnya nak update tiap-tiap hari. Takmo dah cam dulu masa awal-awal create blog mommsuci ni masa tahun 2011. Eh 2012. Buat halfway pastu sebab mase tu first time mommy kan so tak reti lagi nak bahagikan mase untuk jage anak, jage umah n blogging. So tebengkalailah blog ni selama setahun. Iyannn die. Lagipun telinga ni bedesing dah sebab banyak kali kene perli ngan laki ku angkara hangat-hangat taik ayam. Eh panjang lak mukaddimah. 

Sebenarnye tadi mase duk tengah scroll-scroll gambar lame kat phone, terjumpalah gambar lame mase lepas pantang besalin suci dahulu. Aduhai jauhnya beza badan aku dulu ngan skarang. Skang ni gemok aku menjadi-jadi sumpah tak tipu wehs. Ni kalo orang yang dah lame tak jumpe aku pasti tekejut ayam tengok bentuk badan aku skng ni. Sayang sangat sebab tahun lepas bulan febuary aku memang nekad nak diet. 3 minggu turun 10 kilo weh. Jangan tanya aku apa petua sebab caa diet aku memang salah and tak patut ditiru. Aku crash diet. Stop makan mengejut. Dari tetiap ari makan nasik 5 pinggan, tetiba aku stop nasik and hanya makan sup tauge kosong tanpa garam dan serbuk perasa, sebiji epal hijau dipotong 7 dan dimakan setiap potong tu bila lapar gila-gila. Pastu aku minum air 3-4 litre setiap hari. Almost 500g turun setiap ari. Memang happy sangat-sangat time tu. Tapi sayangnya selepas sebulan ikat perut, anak kedua aku wahyu admitted hospital. Dah tu nama pun duk hospital mestila boring and asyik lapar je. Dorang ade prepare food jugak untuk so ape lagi memang ke laut la diet aku. Turun 10 kilo, naik balik 15 kilo. Pengsan!

Pasni nak kene nekad betul-betul lah rasenye sebab aku dah mula rase badan aku tak sihat. Dah gemok ni cepat mengah, lutut sakit sebab tak dapat nak tampung berat badan yang mendadak ni. Berapa tu takyah la ku bagitau. Cukup le aku bagitau lepas kawin je sampai sekarang berat aku naik 35 kilos. Pengsan lagi sekali!!!!!!!!

 Aku 3 tahun yang lalu.' Aku yang dulu bukanlah yang sekarang..'.. Oiii lagu ni perli aku keee apee?

Wednesday 15 April 2015

Fobia bawak kereta


          Courtesy of google image



Lepas je abis spm, aku ambik lesen kete.  Lulus je test kete, aku lah orang paling gembira sebab pasni senang nak drive gi memane. Dulu bawak kete memang peberet aku. Sebab bila drive je jiwa rase tenteram. Pasang radio sambil round-round. Memang seronoks. Jiwa remaja kononnya. Mase duk kampung, sanggup drive dari umah sampai ke kota bharu semate-mate nak makan. 

Sehinggalah suatu hari, mase tu hari akad nikah kakak aku ugee. Akad nikah malam so tengahari tu aku ngan kakak-kakak aku kuar nak gi makan sempena last day kak ugee single. Aku yang drive. Mase tengah drive tu, tetiba ade 1 motor kuar simpang menonong je. Memang tak sempat aku nak break, tergolek situ motor and pemandunya. Nasib baik aku tak lenyek. Alhamdulillah pemandu die takde pape cedera. Aku ni cam nak pengsan situ sebab takut sangat.

Since tu aku dah tak seronok nak drive. Huhu.. Ade gak la drive tapi hati tu berdebar-debar je. Semoga 1 ari nanti fobia aku ni hilang ler.. Tingin gak nak drive jejauh tanpa rase takut. 

Friday 10 April 2015

Kerana Lidah

Pepatah pernah mengatakan... 'Kerana mulut badan binasa'... 'Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'.. Begitulah kesannya akibat mulut... 

Ade sesetengah orang bangga mengatakan.. 'Aku ni jenis outspoken, so nasiblah..' Yer, memang bagus kau outspoken. Tapi ade gak yang jenis outspoken tak kena tempat atau senang aku katakan mulut tak beradap. Yer, takde adab. 

Contoh 1 :-

'Eh kau ni gemok sangatlah sekarang. Dah serupa tong ikan dah' -eh kau dah kenapa. Biarla kalo aku nak gemok pun. Tak guna duit kau pun nak beli nasik. Kalo gemok boleh kurus. Tapi kalo dah muka buruk, pakai qu putih 10 kotak pun belum tentu muka kau helok. 

Contoh 2 :-

Kau dah masak bepeluh ketiak dah. Dah siap hidang tinggal orang nak makan je..

'Eee sape masak ni? Eee masak ape ni? Eee nape rase die camni.. Eee tak sedap pun..' And the list goes on.. - come on lah, penah dengar biar kurang makan, jangan kurang ajar? Part yang ni memang aku tak paham sangat-sangat. Memang still wujud ye spesis macam ni, komplen orang masak depan-depan? Ko fefeling ko judges masterchef gordon ramsey ke? Orang dah penat separuh mampus masak untuk kau, banyak bunyi and cekadak plak ya. Sungguh aku tak paham orang camni.

Contoh 3 :-

'Eh hitamnye anak kau yang ni.. '
'Eh nape bagi anak minum susu formula?  Sian kat anak tu takde zat. Mak apelah kau ni'
'Eh nape anak kau lambat sangat bercakap? Anak aku umur sebulan sah pandai baca ABC'

- jenis yang camni pun ramai tau. Yang kutuk anak kau depan-depan baik punya. Dia ingat beranak ni bersin terus anak tu kuar agaknye. Aku rase kes nombor 3 ni banyak yang jadi kat parents luar sane.. Kadang-kadang mereka yang bercakap camni seolah-olah rase yang diri dia dah sempurna.. Dia lah yang paling betul.. Dia lah yang pandai jaga anak. Anak dia lah yang paling cantik. And macam-macam lagi.

Bagi aku lah kan, kalo ko nak outspoken, tak salah. Sebab aku pun ade certain-certain things yang aku cakap lepas gak. Tapi common sense la beb, jangan la sedap sangat mulut tu nak menghina orang. Nak mengutuk orang. Kau pikir orang tu takde hati and perasaan ke? Banyak sangat-sangat aku jumpa orang yang camni. Jangan sampai orang yang kau hina tu hilang sabar ya. Silap-silap terbalik meja makan tu dia buat. Bye! 

Courtesy of google image

Monday 6 April 2015

Wahyuuuu ohhh wahyuuuu

Ari jumaat lepas, after mandikan suci and wahyu, aku ke dapur untuk prepare food dorang. Dapur rumah aku ade pintu and jenis lock dari luar. Masa tengah duk masak tu, aku memang ade dengar wahyu main-main dengan tombol pintu dapur. Then dah siap suma, nak bukak pintuuuu alamaaaakkk aku dah kene lock laaaa.. Hilang jap darah kat muka rasanya masa tu. Camna nak kuar ni, aku dah kene kurung kat dapo ni. Kunci lak tak de. Tak terpikir plak si wahyu ni sampai tangan die nak lock pintu sebab uci dulu tak penah pun dibuatnya camtu. Adui memang bebeza la anak laki ngan anak pompuan.

Aku dah mula bepeluh.. Jantung aku macam nak pecah. Dorang plak duk bantai menangis bejemaah kat luar. Memula ingat nak pecahkan je pintu tali nasib baik la otak aku still berfungsi waktu tu. Aku betenang 10 saat. Tetiba aku tenampak ade 1 gunting kecik. Aku ambik and godek-godek kat tombol pintu tu.. Alhamdulillah pintu tebukak. Sumpah nak pengsannnn!!!!! 


Mamaaa owiii yeerrr.. Wawu gurau aje :p

Sunday 5 April 2015

Al-Fatihah Tan Sri Jamaluddin Jarjis

Semalam waktu tengah scroll scroll facebook, pandangan aku terpaku pada 1 post pasal helikopter terhempas di semenyih. Yang lebih mengejutkan, Tan Sri Jamaluddin Jarjis turut berada didalam helikopter tersebut. Kesemua mereka telah terkorban..

Aku mengenali Tan Sri pertama kali pada tahun 2007. Masa tu aku masih lagu bertugas di Astro Bukit Jalil untuk program Projek Angkasawan. Aku ingat lagi mase tu episod akhir, tetamu jemputan adelah beliau, Tun Abdullah Badawi serta isteri. Bila program live, beliau datang tegur aku.. Tanya ada ape-ape nak tolong tak? MasyaAllah sangat baik orangnya. 

Aku betul-betul terkejut dan terkedu dengan berita semalam. Namun begitu, inilah kehidupan. Pada Dia kita datang, pada Dia juga kita akan kembali. Al-Fatihah :(


Thursday 2 April 2015

Rindunya kat blog

Uwaaaa lamanya lahai tak update blog. Dah bersawang dah agaknya. Jangan ade antu duduk sudah ler ye. Thank you la buat yang sudi email and message tanyakan kabar kak aini. Kak aini alhamdulillah semakin sihat. Tiap-tiap hari memang ade cita-cita nak up entry baru. Dah la still ade hutang entry pasal birthday suci. Pastu dengan hadiah giveaway pun tak post-post lagi. Ya Allah rase bersalah sangat-sangat. InshaAllah kak aini akan sedaya upaya gi pejabat pos once dah sihat sepenuhnya. Ampunn ya korang.. :(

Oklah jadi disebabkan harini kak aini still takleh nak taip pepanjang sebab tangan kiri je yang boleh digunakan, marilah sesama kita menjamu mata tengok gambar makanan. Hahahah. Ni makanan dari zaman tok kaduk dulu lagi.. Kita masukkan di entry ini okay.. Thank you buat korang yang sudi baca blog kak aini yang tak seberapa ni. Sayang korang sokmo! Muahcikeddds!



All time peberet, tomyam pekat. 



Breakfast lontong. Dapnyeeee



Mee suaa oyster pedas. Ok-okla. Kene makan time panas baru sedap kalo time sejuk muakk sikit.



Bubur nasik kicap kat hospital... Sedap jugaklah.



Banana royale eskrem. Biase-biase je..

Ok sekiannnn... :)