Ade sesetengah orang bangga mengatakan.. 'Aku ni jenis outspoken, so nasiblah..' Yer, memang bagus kau outspoken. Tapi ade gak yang jenis outspoken tak kena tempat atau senang aku katakan mulut tak beradap. Yer, takde adab.
Contoh 1 :-
'Eh kau ni gemok sangatlah sekarang. Dah serupa tong ikan dah' -eh kau dah kenapa. Biarla kalo aku nak gemok pun. Tak guna duit kau pun nak beli nasik. Kalo gemok boleh kurus. Tapi kalo dah muka buruk, pakai qu putih 10 kotak pun belum tentu muka kau helok.
Contoh 2 :-
Kau dah masak bepeluh ketiak dah. Dah siap hidang tinggal orang nak makan je..
'Eee sape masak ni? Eee masak ape ni? Eee nape rase die camni.. Eee tak sedap pun..' And the list goes on.. - come on lah, penah dengar biar kurang makan, jangan kurang ajar? Part yang ni memang aku tak paham sangat-sangat. Memang still wujud ye spesis macam ni, komplen orang masak depan-depan? Ko fefeling ko judges masterchef gordon ramsey ke? Orang dah penat separuh mampus masak untuk kau, banyak bunyi and cekadak plak ya. Sungguh aku tak paham orang camni.
Contoh 3 :-
'Eh hitamnye anak kau yang ni.. '
'Eh nape bagi anak minum susu formula? Sian kat anak tu takde zat. Mak apelah kau ni'
'Eh nape anak kau lambat sangat bercakap? Anak aku umur sebulan sah pandai baca ABC'
- jenis yang camni pun ramai tau. Yang kutuk anak kau depan-depan baik punya. Dia ingat beranak ni bersin terus anak tu kuar agaknye. Aku rase kes nombor 3 ni banyak yang jadi kat parents luar sane.. Kadang-kadang mereka yang bercakap camni seolah-olah rase yang diri dia dah sempurna.. Dia lah yang paling betul.. Dia lah yang pandai jaga anak. Anak dia lah yang paling cantik. And macam-macam lagi.
Bagi aku lah kan, kalo ko nak outspoken, tak salah. Sebab aku pun ade certain-certain things yang aku cakap lepas gak. Tapi common sense la beb, jangan la sedap sangat mulut tu nak menghina orang. Nak mengutuk orang. Kau pikir orang tu takde hati and perasaan ke? Banyak sangat-sangat aku jumpa orang yang camni. Jangan sampai orang yang kau hina tu hilang sabar ya. Silap-silap terbalik meja makan tu dia buat. Bye!
mulut tak ada insurans laa tuh.. sabar jelah kalau berhadapan orang sebegini..
ReplyDeleteHahaha btl tu xde insurance.. Nk kne apply insurance org camtu..
ReplyDelete