Cuba gak sedaya upaya untuk update blog ni at least selang sehari walaupun cita-citaku pada awalnya nak update tiap-tiap hari. Takmo dah cam dulu masa awal-awal create blog mommsuci ni masa tahun 2011. Eh 2012. Buat halfway pastu sebab mase tu first time mommy kan so tak reti lagi nak bahagikan mase untuk jage anak, jage umah n blogging. So tebengkalailah blog ni selama setahun. Iyannn die. Lagipun telinga ni bedesing dah sebab banyak kali kene perli ngan laki ku angkara hangat-hangat taik ayam. Eh panjang lak mukaddimah.
Sebenarnye tadi mase duk tengah scroll-scroll gambar lame kat phone, terjumpalah gambar lame mase lepas pantang besalin suci dahulu. Aduhai jauhnya beza badan aku dulu ngan skarang. Skang ni gemok aku menjadi-jadi sumpah tak tipu wehs. Ni kalo orang yang dah lame tak jumpe aku pasti tekejut ayam tengok bentuk badan aku skng ni. Sayang sangat sebab tahun lepas bulan febuary aku memang nekad nak diet. 3 minggu turun 10 kilo weh. Jangan tanya aku apa petua sebab caa diet aku memang salah and tak patut ditiru. Aku crash diet. Stop makan mengejut. Dari tetiap ari makan nasik 5 pinggan, tetiba aku stop nasik and hanya makan sup tauge kosong tanpa garam dan serbuk perasa, sebiji epal hijau dipotong 7 dan dimakan setiap potong tu bila lapar gila-gila. Pastu aku minum air 3-4 litre setiap hari. Almost 500g turun setiap ari. Memang happy sangat-sangat time tu. Tapi sayangnya selepas sebulan ikat perut, anak kedua aku wahyu admitted hospital. Dah tu nama pun duk hospital mestila boring and asyik lapar je. Dorang ade prepare food jugak untuk so ape lagi memang ke laut la diet aku. Turun 10 kilo, naik balik 15 kilo. Pengsan!
Pasni nak kene nekad betul-betul lah rasenye sebab aku dah mula rase badan aku tak sihat. Dah gemok ni cepat mengah, lutut sakit sebab tak dapat nak tampung berat badan yang mendadak ni. Berapa tu takyah la ku bagitau. Cukup le aku bagitau lepas kawin je sampai sekarang berat aku naik 35 kilos. Pengsan lagi sekali!!!!!!!!
wakakakkakakakak
ReplyDeleteLawak la akak ni. Sy duk tegelak sorang2 baca blog akak. Teruskan menulis kak
ReplyDelete