Tuesday 4 September 2012

Jangan putus asa! Perah lagi!


Salam & Helo everyone,

Been busy lately sampai nak hupdate menda alah ni pun dah jarang. Tapi tetap ku gagahkan juga tulang empat kerat ni untuk mengupdate.

Korang pernah dengar pasal milk booster? 2,3 hari ni aku rajin duk google pasal milk booster. bukanlah sebab aku tak confident susu aku tak mencukupi. Cuma aku just nak tau apa itu booster. Booster ni adelah sejenis vitamin atau supplement bagi ibu-ibu yang kekurangan susu badan. Maknanya kalau korang amik booster ni boleh tambahkan lagi kuantiti susu korang especially waktu proses memerah susu. 

Ibu yang perlukan booster ialah ibu yang sering keletihan, normally bagi ibu-ibu yang bekerja, makan tak teratur, skejap makan skejap tak ataupun nak berdiet, dan jugak ibu yang mempunyai emosi tak stabil / mood swing. Sebab banyak atau tidak korang produce susu berkait rapat dengan emosi. Mula-mula aku cam tak ambik pot sangat pasal tu. Tapi, pagi tadi telah membuktikan segala-galanya. cewah, ayat tak boleh blah.

Pagi tadi lepas settlekan hal rumah, aku cam penat sket. Then, aku try perah susu. 

Almost half an hour aku perah, dapat banyak ni jer. huhuhu.


Lepas tu aku rehat sekejap. Relax-relax. Then aku perah lagi.



TarAAAAA...! Alhamdulillah...



Inilah hasilnya. Less than 15 minutes aku dapat banyak ni :)

Jadi, kepada mommies out there, dont give up. JANGAN ADE MINDSET YANG MENGATAKAN SUSU AKU SIKIT, SUSU AKU TAK CUKUP! especially waktu awal-awal bersalin. SUSU IBU ADALAH SUSU YANG TERBAIK.



TIPS UNTUK BANYAKKAN SUSU (Ade nurse yang share dengan aku)

1. Urut sewaktu dalam pantang. Semasa proses berurut tu, biasanya tukang urut tu akan terangkan kat korang yang dia akan urut bagi susu banyak keluar. Memang berkesan :)

2. Banyakkan makan ikan bilis. Buat cam sup sayur, lebihkan ikan bilis. Aku dah try. sedap dan hasil susu pun lumayan. :)

3. Makan banyak kurma. Mase bulan puasa haritu, boleh dikatekan hari2 makan kurma walaupun sebijik. Lepas tu aku cam pelik kenapa susu cam banyak semacam. Try google, oh mmg kurma leh banyakkan susu kita. hehehe :)

4. Lobak Putih. Disamping sedap untuk buat sup, Lobak putih juga membantu untuk banyakkan susu badan. Cubalah! Elok juga dimakan sewaktu proses berpantang.

5. Minum Milo / Coklat Panas. Milo memanglah feveret aku. hehe. 

6.Sayur Bayam. Buat sup atau goreng. InshaAllah boleh membantu :)

Hopefully tips yang aku bagi ni dapat bantu korang.


Azam aku, aku nak breastfeed Suci sampai umur 2 tahun, inshaAllah :)


Thanks for reading this entry!~