Ok nampak sangat dah takde idea nak buat entry sampaikan kemas umah pun nak masukkan dalam blog. Konon riak sangat berkemas pun nak cerita kat orang. hehehe blog aku sukati aku la nak letak apa pun. Eh emo plak tetiba.
Dulu masa wahyu belum kuar, at least dalam seminggu aku akan mop and vacuum rumah 3 kali camtu. sebab suci ni tak lasak langsung budaknya. Bayangkan laci almari TV umah aku tu berlambak-lambak dvd and harta karun pakyong tapi langsung tak pernah dibukanya. dia cuma tau main menan dengan ipadnya sahaja. sehinggalah muncul anak bujang ku adiwira wahyu. nama pun dah nampak dia lasak kan? dia ingat dia superman ke. so si kenit sorang ni, start merangkak je dia dah mulakan operasi "kemas" umah. segala laci mak nenek suma di tunjal di bukaknya. bagi makan keropok ke ape ke abis disepahkan 1 umah. so kerja aku jadi double triple belambak-lambak. ok-ok aku bukan komplen tau saje je nak cita beza anak pompuan ngan anak lelaki.
susu dia plak abis dituang ke lantai. tak cukup susu dia, susu kakak dia pun dia bantai tuang atas lantai. buat pengetahuan korang, suci minum susu coklat. so korang boleh bayangkan sekarang rupa lantai rumah aku. dah macam peta afrika aku tengok. aku mop aku vacuum tak sampai setengah jam, tebongkang tebalik umah aku ni. so disini telah mendatangkan mood malas dan tak kuasa nak mengemas aku. jadi kesimpulannya sekarang aku vacuum and mop umah seminggu sekali jer. lantak situ nak besepah ke ape. kalo aku sakit mata sangat aku kuis kuis je sampah tu masuk bawah meja. hahaha ok tu tifuuuu. ingat aku pengotor ke. aku seret la jugak kaki aku ni gi amik vacuum and vacuum sampah sarap tapi mop aku malas. tunggu la selagi lantai aku tak betukar ke playwood kaler coklat, baru aku mop balik. kehkehek dasar pemalas.
vacuum kesayanganku. hahaha. cer tengok lantai umah dah macam ape dah. tapi sebab sakit mata tengok habuk sampah sarap so aku gagahkan jugak vacuum walaupun 10 minit jap lagi besepah balik. dah nama pun anak lasak nak wat camne. aku sukaaaa.
camni la dia bila aku tarik je vacuum bawak keluar, terus lintang pukang lari. penakut vacuum rupanya. kahkahkahkah. lagi seronok aku kacau.
mama tolong mama tolonglaaaaa....
bila aku dah siap vacuum, dia pegi ambik sebakul kain kotor yang belum basuh, dia sepahkan 1 rumah. ooooo balas dendam ya. *sambil urut dada*
saje je dia lari ke sana sini bawak seluar dengan baju kotor. lantak kau lah dik...
jadi sebab stress so mama upah diri sendiri sepinggan nasik bersama masak lemak cili api dan sambal ikan bilis. tahun depan baru kita diet. byeee!
No comments:
Post a Comment