Wednesday, 18 March 2015

Suci operate telinga. Pre auricular abscess Part I

Salam semua...

Suci ni sejak lahir, aku perasan kat atas daun telinga dia ade 1 lubang kecik. Tapi bila aku teringat yang 2 anak buah aku pun ade lubang yang same di tempat yang same so aku anggap benda tu biasa-biasa je. Sehingga umur suci masuk 2 bulan, aku saje gatal tangan picit lubang tu.. Sekali keluar cecair putih kekuningan cam nanah. Dan baunya sangat busuk. Again, atas kesilapan aku yang terlalu mengambil mudah so aku biarkan aje benda tu. Sehingga berlarutan bila usia suci nak masuk setahun. Aku perasan yang lubang tu jadi bengkak and merah. Masa tu aku balik terengganu. Suci yang sebelum ni tak pernah demam tetiba demam panas. 



Waktu ni temperature dia tinggi sangat-sangat. Aku pakaikan dia pampers je, on aircond and selimutkan dengan towel basah. Tapi suhu dia tetap tinggi. So disebabkan dia dah demam lebih dari 3 hari so aku decide bawak di gi hospital. Mase tu aku kat kampung, pakyong kat kuala lumpur. Tq kat kakak aku and abg ipar aku yang tolong bawak aku n suci gi kpj perdana kota bharu. Seperti yang aku jangka, suci kena admit. Rupa-rupanya demam suci disebabkan infection pada lubang kecik kat telinga dia yang aku citer kat korang tu.














Disebabkan suci masih kecik, so operation untuk tutup lubang kecik tu tak dapat dibuat. Sebab urat-urat still kecik lagi. At least kena tunggu suci umur 2 tahun. So kitorang stay hospital lebih kurang 4 malam. Hari kedua kat hospital, pakyong turun kb untuk temankan aku jaga suci.





8 bulan lepas tu, infection suci makin teruk. Again, dia demam panas. 














Nampak tak kat pipi dia tu? Haaa sampai camtu skali okay infection dia kena. Dalam tu penuh dengan nanah. So kitorang decide bawak suci ke Emergency kpj tawakal. Suci admit ward and di refer pada pakar telinga, Datuk Dr Solahudin. Bagus sangat-sangat doctor ni. Doctor decide untuk toreh tempat yang bengkak tu bagi mengeluarkan nanah kat dalam tu sebab takut keadaan akan makin teruk. Aku punya risau tak payah cakap la. Sedih tengok keadaan anak camtu. Tapi aku and pakyong perlu kuat demi anak. Kami di khabarkan bahawa nama penyakit suci ni ada lah Preauricular abcess and insurance memang takkan cover sakit ni. Kitorang redha. Dan decide untuk teruskan jugak demi anak kami.


Bersambung....
























2 comments:

  1. Mak mana yg x sygkan anak...sedih bila tgk anak terbaring sakit kan..sue pernah alami dgn ank no 3. Berkampung di hosp 6 hari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedihkan sue bile tgk anak terbaring camtu. Nak taknak kene jd kuat untuk anak. Huhu. Tp alhamdulillah skrg die dah sihat sepenuhnye... Maaf tanye masa sur kat hospital tu baby sue sakit ape?

      Delete