Tuesday, 3 March 2015

Masa untuk aku

Salam semua.

yer, kengkadang sebagai mak atau ibu, korang mesti perlukan at least 1 hari dalam sebulan masa untuk bersendirian. maksud aku bukanla korang bersendiri gi lari rumah ke ape cuma waktu untuk kau relax sensorang jumpa kawan ke spendtime berdua dengan husband ke. macam aku ni yang memang fulltime house, masa aku memang banyak di rumah bersama anak-anak. Ya aku sangat enjoy life aku as stay at home mom. cuma ada waktunya aku rasa nak tenangkan diri jumpa kawan-kawan. 

so hari tu anak-anak aku tinggalkan dengan mertua aku sementara aku ikut pakyong ke KL. pakyong drop aku kat station monorail medan tuanku. ya Allah rupa-rupanya dah hampir 3 tahun aku tak naik monorail ni. aku pun dah macam blur camne nak beli tiket suma. so disaat begini muka berlagak tau dan berlagak pandai tu penting. padahal dalam hati aku ni nervous gila.



so time ni aku perati betul-betul apa yang orang depan ni buat. dah berubah gila skang ya canggih sungguh mesin tiket ni kalo nak dibandingkan dulu. 




gini rupanya tiket. eh cip la bukan tiket. outdated dah aku ni rupanya. asyik duk terperuk kat rumah otak pun makin lembap. takpe takpe niat kerana Allah sebab nak jaga anak.


so aku menuju ke Times square. sambil-sambil tu text dengan along, kawan aku since kolej dulu. kebetulan along pun ade kerja area times square tu so okaylah dapat jumpa kejap pun jadilah. Along ni keje kat Sinar Harian sebagai wartawan jenayah. ko jangan main-main nampak je badan die kecik tapi ganas pompuan ni. dia memang ganas sejak kolej lagi tau. kalo nak cerita kenangan kitorang zaman kolej dulu memang boleh buat air mata aku begenang. kawan susah senang dan langsung tak kisah nak makan ke lepak kat mana. takde maknanya nak jaga standard.

sementara tunggu along habis pc kat bukit aman, aku lepak sensorang dulu breakfast nasik lemak kat rasa utara. urmm oklah lulus la pada pankreas aku ni. dalam kul 10 lebih camtu along sampai.





teruk betul la kualiti gambar handphone aku sekarang ni. ntah apa masalahnya. ha ni lah along. kitorang panggil along je sebab dia anak sulung. nama betul along ni azura. ade lagi sorang yang aku rapat, kitorang panggil angah. angah ni duk kat kedah sekarang kerja dengan kastam. roommate aku lagi sorang kitorang panggil kak juma stay kat perak kalo tak silap kerja dengan taman budaya perak. if im not mistaken. dulu kitorang 1 bilik ade 4 orang. dari semester 1 sampailah semester 6 kitorang tak pernah berpisah. kitorang ambik course yang same course media kecuali kak juma, dia ambik seni teater. tapi aku along and angah majoring lenlain. along majoring journalism, angah majoring advertising dan aku si suri rumahtangga ni majoring broadcasting. eh aku dulu pun ganas jugak tau. tak caya tanya along. aku punya intake aku sorang je yang majoring broadcast ni. ramai tak sanggup nak amik broadcast ni sebab keje dia ganas kene angkat camera yang berkilo2 tu, tripod, kabel gabak besar tu lantak kau perempuan ke ape ke and yang paling tak leh blah shooting tengah-tengah panas terik. masa aku last sem teruk betul hitam muka aku ni. 




lepak-lepak jap dalam 15 minit then along bawak aku gi lunch ikan bakar kat blakang ipd bukit aman kalo tak silap. hehehehe. 



si ganas bawak kete. sorry long sebab kamera hp b tak lawo. wuwuwuwuwuw.





sedapnyaaaaa. aku amik ikan keli bakar dengan air asam. pucuk ubi masak lemak. along amik ikan kembung bakar air asam. mekasih along sebab blanja b makan. nanti kita lepak lagi okay. so lepas dah habis borak-borak suma, along kena balik opis sambung keje. so aku membawak diri ke pavilion lak sebab aku nak sambung settlekan keje. sebab aku dah bawak laptop siap-siap so aku lepak kopibin. orden pape yang patut pastu aku lepak sana sampai waiter kat situ nak muntah tengok muka aku. yer, aku duk update resume, carik keje kat jobstreet, edit blog memacam lah lagi. abis tu gerak gi opis pakyong then kitorang balik amik anak. walaupun camtu jer cara aku spendtime untuk diri sendiri, tu pun dah besar maknanya pada aku. 






4 comments:

  1. thnks sebab singgah blog shahril yang tak seberapa . singgah sini balik .. :) thanks sbb klik nuff jgk !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most welcome Shahril :) and thank you sbb datang sini.. Hehehe

      Delete