Here's a story for those of you who are worried about pap smears. I just got my first last year, on April 2014. Sebenarnye before nak buat entry pasal pap smear ni, aku cam malas nak share psl bende ni sbb terlalu personal utk aku. Rase mcm biarlah aku simpan je dalam lubuk sanubariku ini. Ececeh drama sgt ni.
Tp sebab memikirkan masih ramai kat luar sane yang takde kesedaran nak buat pap smear ni, meh aku nak share nape pap smear ni amat penting bg korang sebagai wanita yang dah berkahwin dan pernah melahirkan anak.
April 2014 (date aku dah lupa)
Seminggu sebelum tu aku kerap sakit kat bahagian bawah perut. Mcm senggugut tu tp lg sakit. Memula nak biarkan je tapi lama makin melampau plak sakitnya. So ngadu kat Pakyong. Dia suh aku buat appointment jumpa doctor memandangkan aku pun dah lame tak buat proper check up after deliver suci and wahyu. Mase ni pap smear pun aku belum buat. Sebabnya aku takut. Bodoh punya alasan. Disebabkan kedegilan aku, aku decide nak gi klinik je. So pakyong bawak aku gi Klinik Izham Pandan indah. Jumpa doctor explain sume, doc suh wat urine test. Air kencing aku koto plak time tu. So doc buat refer letter kene jumpa gynae. Aku peram je surat tu sampai seminggu. Kehkehkeh. Lps seminggu tu pakyong berjaya jugak pujuk aku gi hospital. So aku try call satu2 gynae yg ade tp ssh nak dpt date sbb drg punya schedule mmg pack. Memula ingat nak try Doctor Seri sbb aku kalo bleh nak gynae pompuan. Tp jadual dia dah penuh kalo aku nak jumpe pun bleh slot in untuk July. Cehh sampai 4 bulan nak kene tunggu. So aku try call Gleneagles plak, nak try Dr Suhaiza salleh. Tak dapat. Mase tu aku tak berani nak pilih Datuk Dr Aziz Yahya sbb ade review cakap dia garang. So aku takut. Hahahha. Tp last2 Dr Aziz je yg ade 1 slot yg free pd hari aku nak pegi check up. Mmg berjodoh agaknya. Sebab sikit pun aku tak nyesal pilih dia. Sangat2 bagus. Recommended. Lepas dah buat appointment sume, pakyong teman aku gi hospital. Scan sume ok takde mslh. Tetiba doc tanya aku penah buat pap smear tak? So dgn jujurnya aku jwpla x penah. Pakyong lak besungguh suh aku buat pap smear sbb dah alang2 kan. So dengan berat ati aku pun buat. Ler jap je rupanya tak sampai 5 minit pun dan yang penting TAK SAKIT LANGSUNG! Doc bgtau result akan kuar dlm mase seminggu. If takde pape mslh dgn result, drg takkan call aku. Tp kalo result aku abnormal, then drg akan call untuk dtg balik. Aku pun balik dgn hati yang riang sbb ingatkan takde pape yg akan terjadi.
APAKAH PAP SMEAR
Pap Smear adalah ujian yang dijalankan melalui kaedah mengambil sampel atau calitan dari serviks. Pap smear adalah ujian yang sangat mudah dan tidak menyakitkan. Ianya boleh dilakukan di mana-mana klinik yang mempunyai peralatan ujian pap smear. Ianya tidak memerlukan bius dan pengambilan pap smear cuma memakan masa 2-3 minit sahaja.
BAGAIMANA PAP SMEAR BOLEH MENCEGAH KANSER SERVIKS (PANGKAL RAHIM).
Sebelum terjadinya kanser serviks, sel-sel di kulit serviks akan melalui beberapa siri perubahan di mana sel-sel tersebut menjadi tidak normal dari segi saiz, rupa bentuk dan juga susunan sel. Sel-sel yang tidak normal ini bermula dari dalam lapisan kulit serviks. Punca perubahan sel-sel di bahagian kulit serviks ini adalah akibat jangkitan sejenis virus yang dinamakan “Human Papilloma Virus” ataupun singkatan kepada HPV. Pra-kanser serviks adalah merujuk kepada peringkat di mana sel-sel yang tidak normal ini masih berada di dalam lapisan kulit serviks dan belum lagi merebak keluar . Peringkat para-kanser bukanlah kanser dan rawatannya juga berbeza dengan rawatan kanser. Peringkat pra-kanser ini jika tidak dikesan dan dirawat boleh bertukar menjadi kanser. Tujuan utama ujian pap smear adalah untuk menyaring dan mengesan peringkat pra-kanser ini. Hasil dari pengesanan ini, rawatan yang sesuai akan dapat dilakukan. Apabila peringkat pra-kanser ini dirawat, maka wanita tersebut tentu sekali akan terhindar dari mendapat penyakit kanser pangkal rahim. Inilah caranya bagaimana pap smear dapat mengurangkan kadar kejadian kanser serviks.
3 hari selepas itu (April 2014)
Mase ni aku kat Batu arang rumah in law aku. Aku stay sane sbb nak buat persiapan kawin adik ipar lelaki aku yang akan kahwin bulan May nnt. Pagi tu mase tgh main ngn suci wahyu, aku dpt call dari hospital.
Mintak aku dtg hospital sebab result pap smear aku dah kluar dan ade sikit masalah.
Terdapat tiga peringkat pra-kanser di pangkal rahim iaitu:
a. CIN 1
b. CIN 2
c. CIN 3
According to Dr Aziz, aku punya peringkat masih awal. CIN 1. So mmg xde ubat utk aku mkn melainkan sel tersebut dibuang melalui proses LOOP CERVICAL BIOPSY. Huhu biasela aku si ratu air mata ni. Bile doc bgtau aku ape yg terjadi, terbayang wajah anak2 aku sume. Kehkehkeh. So doc bg tarikh utk aku admit ward utk buat proses tersebut.
Loop Electrosurgical Excision Procedure (LEEP)
(Large Loop Excision of the Transformation Zone [LLETZ], Large Loop Excision of the Cervix [LLEC], Loop Cone Biopsy of the Cervix)
What is a loop electrosurgical excision procedure (LEEP)?
Loop electrosurgical excision procedure (LEEP) uses a wire loop heated by electric current to remove cells and tissue as part of the diagnosis and treatment for abnormal or cancerous conditions in a woman’s lower genital tract.
The lower genital tract includes the cervix and vagina. The cervix is the lower, narrow part of the uterus (womb) and the vagina connects the cervix and the vulva (the external genitalia).
With LEEP, an electric current passes through the fine wire loop to cut away a thin layer of abnormal tissue. This tissue will be sent to the lab for examination. LEEP can also remove abnormal cells to allow healthy tissue to grow.
Other related procedures that may be used to diagnose cervical and vaginal conditions include Pap test, cervical biopsy, and colposcopy. Please see these procedures for additional information.
courtesy of google
May 2015
Pada hari kejadian, aku kene start puasa lebih kurang jam 5 pagi. Anak-anak sume mak dan ayah mertua ku yang jaga. Tima kasih mama ayah. Pagi tu mil aku kejutkan bangun makan nasik goreng sebab pastu aku dah start kene puasa. LOOP tu akan dibuat pd jam 10 pagi. Lepas breakfast, aku dan pakyong bergerak ke Gleneagles ampang. Register masuk ward day care dulu. Then sorang nurse datang bgtau kes aku maybe lambat sikit sebab ade emergency case. So turn aku lebih kurang jam 3 petang. Mak lapar dah ni oi!!! Tunggu punye tunggu, sampailah aku punya turn. Tukar baju sebab proses ni buat dlm OT sebab kene bius penuh. Mintak maaf salam semua dengan pakyong, aku disorong masuk ke OT. Yang, kalo jd pape kat saya, syg jangan cepat kawin lain tau, jaga anak kita elok2. Muahahhaa drama lagi ni. Muntah semua nurse kat situ.
Mase kat dalam OT tu aku nampak je muka Dr Aziz terus ati aku tenang sikit. Dia ni baik sangat tau. Cam bapak bapak kita jugak. Dia datang kat aku.. Suh aku relax, bertenang. Dia cakap jangan risau dia jaga aku kat dalam OT tu bebaik. Mase tu ramai sungguh kat dalam tu. Ade pakar bius, tukang check BP. Yang aku ingat, pakar bius tu cakap dia nak cucuk tangan aku, boleh ke tidak? Aku jawap la boleh je pastu aku dah melayang ntah ke mane. Sedar2 sume dah siap. Rase sejuk gila menggigil-gigil. Dorang tolak aku kat tmpat recovery. Pastu bila bp aku suma dah ok, baru dorang tolak ke ward. Lagi seminggu baru Dr Aziz akan review result aku. LOOP tu sakit tak? Erm tak tau nak cakap. Sakit gak la sikit-sikit. Tp sakit lg jahit branak. Wuwuwuwu.
Seminggu kemudian...
Alhamdulillah sekarang aku dah beransur pulih dan sihat.. Sel-sel tu sume pun dah takde dalam badan aku. Nasib baik aku terbuka hati nak buat pap smear tu. Kalo tak, entahlah. Tima kasih kat suami aku sebab paksa aku buat pap smear ni. Korang dah buat ke belum niiiiii???
More tips, recipes, travelogs, follow :-
IG : ainismail
FB : nurmaizatul aini
Terima kasih atas perkongsian. bila baca blog ni terus rasa nak pegi skrg jugak buat pap smear.
ReplyDeletesame2. gi buat ye nnt. x sakit pun :)
Deletenak buat tapi takuttttttt
ReplyDeletefaridah
jgan takut. x sakit pun :)
Deletejumpa link ni kat fb. really good info
ReplyDeleteTq Laily :) glad u like it
ReplyDeleteDr abdul aziz mmg baik pun..hehe cam garang2 sikit tp garang cam ayah2 je..
ReplyDeleteDr abdul aziz mmg baik pun..hehe cam garang2 sikit tp garang cam ayah2 je..
ReplyDeleteBerapa kos operation tu
ReplyDelete