Friday, 3 August 2012

Resipi : Ayam kerutuk

Semalam aku terliur nak makan ayam kerutuk. Jadi aku suruh mak aku tolong ajar macam mana cara-cara nak buat. Ingatkan renyah cara nak sedikan kerutuk ni. Tapi takdelah renyah sangat.


Bahan-bahan A (utk menumis)


1. Bawang putih 2 bijik
2. Bawang merah 3 bijik
3. Serai 1 batang dititik
4. Halia (suke ati nak letak byk mane)


Bahan-bahan B (dikisar)


1. Bawang merah 10 bijik
2. Bawang putih 10 bijik


Bahan-bahan C


1. Ubi kentang sebijik
2. Santan setengah kotak


Mula-mula tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B yang telah dikisar. Then korang masukkan perencah kerutuk (adabi). Kacau dan masukkan ayam. Biarkan hingga sebati & terbit minyak. Agak2 dah kering & ayam dah masak sikit, masukkan ubi kentang & santan. Kacau perlahan2. Masukkan garam & gula ikut selera korang.


Tadaaa, dah siap dah. Boleh lah dimakan sewaktu berbuka / bersahur nanti.


Sekian, terima kasih

2 comments:

  1. Mcm sedap. Rempah tu kalo tukar brand lain boleh ke kak?

    ReplyDelete
  2. Suria, boleh. Skrg dah byk yg jual dalam paket. From diff brand. Tp akk prefer adabi.. ;)

    ReplyDelete