Thursday, 30 August 2012

Confirmed its teething!!

Salam & Hello everyone,

Belum terlambat lagi rasenya untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. Today hari ke-12 umat Islam seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidilfitri. Mesti korang smua dah sendat perut melantak pelbagai rendang, ketupat, lemang dan kuih-muih kan? hahaha, sebab aku pun sama. Ya Rabbi lepas ni aku memang nak kena turunkan balik berat badan. By hook or by crook!!

Hurm...Patutlah saket y'all, Suci punya gigi sudah tumbuhh! On the left side sebatang dan on the right side 2 batang. Normally baby tumbuh gigi around 6 months and kat tgh2, tapi Suci ni kat tepi2 pulak tumbuh giginya. No wonder she has been biting me like mad. 
Wuwuwuwu T__T... Ape nak buat ni...


amboi bukan main lagi yer :)

Thursday, 16 August 2012

Misi Aku

Salam & hello everyone,

Malam ni aku ade misi untuk mendapatkan pingat emas dalam olympic. Aku harap aku berjaya. At least pingat perak pun okay.

Hurm okay okay. Aku tipu. Sukan pun aku dah lame tak join. Ni kan pulak nak dapat pingat2 bagai.

Sebenarnya malam ni aku ada 1 misi penting. But im not telling you yet. That one will be in another entry.

Malam ni orang dah start balik kampung. Jadi kepada anda semua yang bergerak pulang ke kampung masing-masing, berhati-hati sewaktu memandu yer. 

Hurmmmm ;/
Suka sangat mengundur ke belakang. Dah stuck baru jerit panggil mama







Eee mama picit pipi kang

Wednesday, 15 August 2012

Jual Ikan

Salam & Hello everyone,

Sesungguhnya setiap sesuatu yang didoakan insyaAllah dimakbulkan Tuhan selagi niat dihati ikhlas. but somehow, when you desire something so bad, all you think is how to get through / do it no matter what it costs.

I'm feeling a little tired right now. Not sure what to blog about, don't wanna type something I might end up regretting. Gotta choose my words right.

But, am so frustrated bila i deal with this kind of "jual ikan" ppl. Not penjual ikan  atau fishmonger kat market tuh, tp ini Selfish punya orang. Arghh dunno lah wat to say. Semoga Tuhan merahmati hidup kau!

Enuff said~

Harini Suci a bit grumpy and cranky. Asal dia tengok mak dia bangun tinggal dia, terus menjerit. Aku pegang hengpong pun dia boleh menangis sebab nak aku layan dia sorang je. Bakpo lah mung ni uci oii. Aku check2 jugaklah badan dia sbb risau takut ade sumthing yg tak kene. Demam tak, kembung tak, poo pooo n pee pee okay jer. Adui dik, mak mati akal jap.

Oklah, thats all for now. Got something to do, as usual. Take care and have a good day people!

mak takmau layan, last2 tetido sendiri



imluvin'it

Nyawa aku

Mengandung dan Angin ibarat Irama dan Lagu (TIPS)

Salam & Hello everyone,

Masalah angin sewaktu mengandung ni memang menguji kesabaran maksima korang sebagai pompuan lebih-lebih lagi time posa camni. Ni bukan angin pus pus, angin lintang atau kepala angin. Tapi, ni angin yang ada kat dalam badan korang yang korang asyik duk sendawa atau kentut tu. Sebelum mengandung dulu aku ni memang jenis kuat angin dan gastrik. Bila dah mengandung makin menjadi-jadi anginnya ibarat ko buy one free one gitu...  Kadang-kadang korang terfikir tak kenapa korang dapat angin ni walaupun tak makan makanan bersulfur? Nak tau kenapa....?

Ini kerana semasa hamil, hormon progesteron yang penting untuk ‘membenarkan’ bayi membesar, juga memperlahankan pergerakan usus. Jadi bila pergerakan peristaltik usus menjadi perlahan, tindakan bakteria menjadikan gas yang banyak terbebas dari usus, menyebakbkan badan ibu senang berangin. Keadaan ini menyebabkan ibu hamil berasa tak selesa, mungkin mengalami sakit kepala, muntah dsb.

Read more http://vitaminsemulajadi.com/tips-atasi-badan-berangin-semasa-mengandung/


Memang seksa dan menyakitkan seluruh badan kau bila dah datang angin macam ni. Masa tu aku first trimester of pregnancy. asyik kentut  & sendawa je keja aku. tapi okay la kan bila dah kentut sebab angin kluar. then bila dah nak masuk second trimester, time tu mmg menguji kewarasan fikiran aku lah sebab angin dah terlalu banyak dalam badan, tapi angin tu taknak keluar. ibaratnya macam kau kena sembelit lah. sakit kan?

Pastu doctor recommendkan aku minum gaviscon liquid ni...





sampai menangis aku kena paksa makan ubat ngan laki aku. sebab ubat ni tak sedap. tapi bagus sebab memang angin kau akan keluar dengan lancar.

# courtesy of google image

Angin ni dia attack tak mengira tempat. kadang-kadang kat bahagian perut, dada, urat-urat pun sama. Kalau aku tahap angin serang kepala beb. Memang rasa nak muntah. Urut pun dah tak jalan. Majoriti aku boleh katakan time pregnant korang memang akan mengalami angin yang tak diundang ni.




TIPS UNTUK KURANGKAN ANGIN


1. makan banyak makanan fiber. cam roti, sayur-sayuran... yang lain-lain tu korang google la sendirik! hehe. tapi jangan terlebih amik fiber pulak sebab tu pun akan buat korang berangin


2. minum banyak air . bagos utk pelawasan




3. banyak lakukan senaman ringan

gambar aku time pregnant dulu. okay okay nampak nau aku menipu.



4. korang catat apa korang makan. if let say korang kene angin, pastu korang leh check apa yang korang dah makan


5. jangan skip breakfast



6. makan banyak buah-buahan




                                                                # courtesy of google image



More tips, recipes, travels.. Follow my

IG : ainismail
Facebook : nurmaizatul aini

Monday, 13 August 2012

A Moment like this

Salam & Hello everyone,

Fuuuh, it has been a super hectic day for me this few days. Raya pun just around da corner. I have to pack few things before going back for raya. This year turn raya dekat rumah family husband aku. Sebab last year masing2 beraya kat kampung masing2 coz mase tu aku balik terengganu awal disebabkan alahan teruk time pregnantkan Suci. Jadi tahun ni kitorang start balik lah. Alah, time raya camni kenela bertimbang rasa jangan gadoh2 nak balik raya kat kampung masing2. kene tolak ansurlah kan.

Aku syukur sebab dapat tengok Suci membesar depan mata. Sekarang dia dah boleh meniarap. Dah PRO okay! and she can move backward! bukan ke depan tapi kebelakang.  kalau letak kat atas toto dpn tv tu, skejap je dah beralih tempat. kadangkadang dah nak sampai bawah meja. now aku dgn bapak Suci pun dah x berani nak letak dia sorang2 kat atas katil. kalau nk tinggal pun just letak dalam cot or atas toto kat bawah jer, sonang.

Layan jela gambar kat bawah ni okay sbb aku ssh nk menaip pasai sebelah tgn pegang si kecik ni.







Fuh, muka cam...    "hah, tgk ni adik2, kakak Suci kau dah pandai terap"





sebok nak pegang hengpong mak dia.




3 of  US




besfwen



ape pandangpandang?




Suci : eee omeinye stokin nih. mama x tengok ni jom try cabut sebelah





aduh penatnya! kesian lembu tu Uci oii...



T___T

Sunday, 12 August 2012

Good things & Ratatouille

Salam everyone,

setelah semalam ape pun aku x update, so arini aku update sikitlah yer. ape yang hado. ni pun sempat update stelah si kecik tu mentido. semalam kul 2 pagi baru dia tido amik kau.

korang camna dah siap ke baju raya? barang2 raya semua? aku ala kadar je ikut kemampuan. jangan ikut nafsu okay. sebab pompuan ni 9 nafsu 1 akal.. so dont let ur lust control you. tadi pegi carik barang sikit kat SSF, siryes terkejut sbb brg murah sgt. murah bukan 50 rengget atau 60 rengget, tapi ade brg2 yang kau boleh dapat serendah 2 rengget. banyak brg2 yg drg let go sampai rm5. tapi syaratnya ko kene jd membership drg la. alah bukan susah nau. register jelah then ko boleh shopping sampai pokai. tapi entry kali ni aku maleh nak update psl kegiatan aku dan husband kat SSF td. next round la hoccay. ade gambar skali kot2 korang berkenan leh la pegi serbu SSF ramai2.

Okay, sebenarnya lately aku rindu sgt kat kawan2 kolej aku. Alongzura, Angahyan, Agnes, Ciknor, Tuah benjamin (gituuu), Dayat, Rozay, osmet aku koen, maria, mass niera, cik ros, ila... hurm ade aku tetinggal tak? kalu ade maaflah ye sbb dah mari tua ni asyek telupa je. kat Melaka dulu banyak sgt aku belajar. 1st thing 1st, of course la independent. sbbnya aku ni tak pnh jauh dari family aku. masuk asrama pun smpat 2 minggu je kot pastu mak pak aku panggil balek. kali ni nah kau terus kat Melaka aku belajau. Tapi aku syukur. sbb masa ni la aku belajar banyak perkara. mula2 mmg susah. time kau sakit, time kau down, pastu pembohongan dimana2, jenayah berleluasa. mak bapak kau pulak jauh. jadi kau kene blaja camne nak settle sndiri smua tu.  Rumah kitorang dulu pnh kene rompak. takutnya Tuhan je yg tau. aku pulak pnh tlibat 1 kes ni sampai kes ni bwk ke IPD bukit aman. masa tu aku semester 3 / 4 aku pun lupa. sampaikan aku nak kuar umah sidai kain pun takut. tapi nak taknak kau kene hadapi jugak. tapi berkat sabar dan usaha akhirnya aku bjaya gak abihkan study aku 3 tahun. then aku bwak diri ke KL. bermulalah hidup aku yang sebenar.


zZZZZzz adui ngantuk la pulak. nnt2 la aku sambung balik. by da way aku nak cita 1 benda tapi aku just cut it short lah okay. dulu masa muvie ratatouille ni kluar, bersungguh-sungguh aku nak pi tgk sbb comel betul tikus tu. pastu abih je tgk muvie, aku duk merengek kat kawan aku nak makan ratatouille tu. (sejenis makanan.amenda ntah).. bongok tak bongok aku time tuh. hehe~ 



onyonyonyo comel kan comel kan?




rendu korang suma. from da left, aku // angah // tuah.
belakang : aiman // bonzer kami // rozay
# diploma show 2009



me // ciknor // along
angah // ana (mane le ana ni pegi.. :(... )



Thursday, 9 August 2012

Relationships




Relationships aren't to be forced, love can't be forced, it either works or it doesn't, but like a car needs an oil change every once in a while, thats how i see relationships. They need an 'oil change' too. Like pressing the 'Refresh" button on your browser, relationships need that too. just my random thoughts. 


courtesy of google image


I'm completely dry of ideas.

Cloth diapers Or Disposable diapers?

Salam & happy Thursday everyone,

have u ever heard about cloth diapers? are you using cloth diapers?actually i hav nvr heard bout it until i went to my hometown shopping mall last 3 months. Then i went home and start google-ing about cloth diapers. wow its so cool you know! banyak sangat choices wif lots of color. mcm2 corak. no need to wear pants anymore

I think i wanna use this cloth diapers for my baby's daily diapers lah. at least 1 hari 1 kali ke kan. maybe during daytime i guna cloth diapers and malam pulak i use disposable diapers.lagipun i can reduce my hubby's long term cost on disposable diapers. haha~! save the earth momma!!  Hmmm...



So mommies, wats your favourite disposable diapers for your babies? Currently im using mamy poko for Suci. Masa awal2 aritu i just pakaikan dia Pureen, diapex & whoopee. Saje try banyak2 so that kita tau which one is suitable for our baby. Its up to u which brand u wanna use. but for me, mamy poko is the best sbb dia tak bocor. so u boleh jimat and takde lah every 1 hour u nak change the diapers. Macam suci, 1 hari i just guna at least 4 diapers for her. before this when i used d other brand, i have to change her diapers every 1 hour and kalau u tolak tambah balik the price, it just the same. 





This one i penah guna utk Suci but not suitable yet coz for my opinion, kalau baby yang belum pandai berdiri, ssh sikit nak pakaikan.



currently im using this for her



pernah guna jugak. corak cantik tapi tak best sgt.




not bad



never use this




leaking


Cloth diapers, Lets check it out!

cantik kan?!



i adore this. argh!



cute sangat!





<3




easy to use & Its Made in Malaysia. Lets support our local brand!

#courtesy of google image








Wednesday, 8 August 2012

Resipi mudah : Chicken Pie Kesukaanku :)



Salam everyone,

just a quick update coz ive got sumthing to do. okay aku ni suka sangat makan ciken pai. name je ciken pai ala2 western sgt tp gase cam karipap kentang je sebenarnya. Semalam aku tetiba mengidam nak makan pai ayam ni so setelah berkira-kira dengan bahan yg ada, aku buatlah pai ni ikut selera tekak aku. Resipi ni aku bantai sendiri.




bahan-bahannya (aku tak ikut sukatan, aku main campak2 je) ;

bawang merah 2 ulas + cendawan straw



ayam cincang (bahagian dada)



minyak + thousand island



butter (150G)



panaskan ubi kentang yg dipotong dadu (sebijik cukup)



saute minced chicken together with red onion, potato, thousand island, oyster sauce, salt, pepper. takyah lama-lama pun takpe janji ayam masak.



aku lupa nak tangkap gambar dia punya doh. nak wat doh tu senang je. just pakai tepung 250g,butter 150g,kuning telo sebijik dan garam. Uli ikut besar casserole. pastu masukkan inti dan lebihan doh tu, bolehlah digunakan utk cover bahagian atas.Oh lupa lak, on top inti tu aku letak cheese 3 keping so rasa dia cam lemak-lemak sikit ala-ala pizza gitu.



pastuh amik fork then cucukcucuk lah sekuat hati kat bahagian atas doh asalkan inti tak terkeluar dan tidak dimarahi ibu anda.



bakar dalam ketuhar gelombangs mikro pada suhu 160 celcius selama 20-25 minit. guna api atas bawah.



tadaaa dah siap pun jadi bolehlah dimakan bersama sos cili jenama kimball bersama yang tersayang sewaktu berbuka nanti.... selamat mencuba~!


Tuesday, 7 August 2012

Judgemental ppl , Nuffnang dan Dato Lee chong wei



salam everyone,

harini agak kelam kabut sikit sbb anak dara aku mengamuk. mengamuk sebab taknak baring,nak orang main ngan dia 24/7. T__T
kau bayangkan entry ni aku create tghari tadi, tapi skrg baru aku post. sbb tak sempat. hoi sape cakap surirumah tangga ni banyak masa free leh goyanggoyang kaki makngah, meh sini pipi kau aku tampa lajulaju. 

by da way mesti korang bosan kan bace blog aku ni asyik cita pasal diri sendiri, anak aku.. hoho, excuse me.. ini kan blog aku. jadi mestilah aku cita psl diri aku, anak aku. takkan aku nak story mory psl anak jiran sebelah rumah aku atau jiran atas umah aku yang suke simbah air kat bwh smpai abeh  basah baju aku di jemuran.. oii oii bln posa x baik kutuk2 org.  

Tu ciri2 judgemental punya orang lah. kadangkadang pankreas aku ni tak faham kenapa kita suka sangat nak judgejudge orang macam lah diri sendiri tu super perfect.  ni aku bagi situasi  contoh2 orang yg suke nak judge org.


KAT OFFICE

1. bila ada officemate korang baik / rapat dengan boss. pastu mesti ade mulut longkang yg akan cakap... " tu baek sgt ngan bos tu takde lain lah tu nak kipas bos lah tu"

- get real lah yer peeps. takkan lah org nak rapat ngan bos pun tak boleh. mane la tau dia dgn bos ade chemistry ataupun niat dia ikhlas nak baik ngan bos. so ape salahnya.

2. beli barang baru, ex ; handbag,kasut,tudung etc........... "eeee tak habis2 nak menunjuk beli brg baru lah tu..."

- what the tutt itu pun ko nak judge jgk. bia lah dia nak beli brg baru pun pastu nak show off ke. they worked hard to gain what the have so let them lah nak pakai bwk pegi office pun kan.

Actually banyak ler lagi example judgemental-ppl kat office. ni aku cita based on experience aku. kalau nak cita banyak lagi sebenaunya. aku ni pun penah kene judge mase keje kat 1 company ni dulu. haha tapi takpo la den dah kawen & ado anok sorang dah pun. for me, simple. we cant please anyone. So let them critize. Coz that the only thing they can do~


JIRAN TETANGGA

1. suami jiran balik kerja lambat.............. "hoi tipah (bkn name sbnr), cube kau tgk laki si limah (bkn nama sbnr), smlm kau tau kul 11 baru dia balik keje. tu takde keje lain lah tu msti ade pompuan lain kat luar tu.

- ni aku hoi kan kau balik, suke2 je kau nak judge laki org tu ade pompuan lain. mane lah tau org tu buat overtime sebab nak sara anak bini dia kan. kesian org tu kerja penat2 pastu kau duk kutuk dia ade pompuan lain.

2. suami jiran sidai kain................... "hoi bedah, kau tgk laki jiran sebelah ni. apo lah bini dio duk suruh laki dio sidai kain. apo punyo bini pemalas bg laki sidai kain.."

- ni lagi satu typical malay punya otak. pantang nampak laki jiran jemur kain ke masak ke, mandikan anak ke, mesti kau nak kutuk bini dia queen control atau pemalas kan? ni aku nak tanya, yg dia sidai kain tu..kain sape? yg dia masak tu... utk perot sape? yg dia mandikan tu.. anak sapa?... malas lah aku nak jawap, kau jawap lah sndiri..!

bukak mata kau luas-luas, bukak hati kau besar-besar, mulot tu takyah ah.. haa bace nih!

Mengikut hukum Islam, tugas-tugas seperti berikut terletak di bahu suami:-
Menjaga anak 
Menyediakan makan-minum isteri 
Mengurus segala keperluan rumahtangga 
Mendidik anak-anak dengan memastikan mereka mendapat pendidikan yang sempurna 
Menyelanggara hal rumahtangga seperti memasak, menjahit, mengemas rumah dan sebagaianya 


Isteri hanya bertanggungjawab MEMBANTU. Dalam kata lain, isteri akan membantu jika pihak si suami tidak mampu dan tiada masa untuk melakukan perkara-perkara tersebut oleh kerana tututan kerja di pejabat.


Akan tetapi, isteri yang melakukan perkara-perkara seperti di atas tadi, mereka akan dikurniakan dengan ganjaran pahala yang banyak dan besar oleh Allah.


Hal ini sejajar dengan salah-satu hadis Nabi yang mengatakan bahawa: ‘Seorang wanita solehah lebih baik daripada 40 orang lelaki yang soleh.’


Untuk mengelakkan berlakunya ketidak-adilan dalam rumahtangga dan perbalahan, maka suami perlulah juga libatkan diri dalam hal-hal pengurusan rumahtangga jika mempunyai walaupun sedikit kelapangan.


Jangan serahkan 100% tanggungjawab rumahtangga kepada isteri.


Dengan itu, isteri anda akan lebih menghormati anda sebagai ketua keluarga dan tidak berani untuk ingkar atau melakukan perkara-perkara maksiat semasa ketiadaan anda di sisinya.


Anda sebagai suami, boleh buat kerja-kerja rumah ketika isteri anda sakit atau tidak larat. Berkhidmat lah juga kepada isteri anda seperti memasak, mengemas rumah, menyediakan dia minuman sekali-sekala, picit kepala ketika dia pening serta bagi la dia makan ubat ketika dia sedang sakit.



courtesy of google web

tapi sebab didikan orang melayu kita sejak dari kecik..

yg anak pompuan dididik utk pikul mcm2 t/jwb..dari celik mata sampai tdo ada je benda kena buat..prepare sarapan kemas rumah cuci baju bersihkan keliling rumah prepare lunch cuci pinggan anyam atap nipah anyam tikar angkat baju lipat baju nak prepare dinner pulak kemas2 dapur lagi (semua ni blm masuk lagi urus anak kecik dgn anak sekolah).. 

bukan ape, tak elok rasenye duk kutuk jiran-jiran kita coz at the end of the day, jiran-jiran tu jugaklah yang akan membantu kita dalam kesusahan. sebab dorang yang paling dekat dgn kita. am i rite?

pasal orang update status kat FACEBOOK pun kau boleh nak judge. ee gado ngan balak/awek lah tu. tak pun, eee nak menunjuk lah tu. nak tunjuk pandai lah tu dan etc etc.

kadang2 sesetengah org rasa dia bagos jd dia ingat dia boleh cakap apa sahaja pasal org lain. tetttt!
macam-macam & banyak lagi psl org yg suka judge org lain ni. kenape perlu nak judge sedangkan kau pun bukan perfect sgt?  why is it difficult to accept people the way they are? we are not perfect either, so why do we care so much to label ppl around us? Get real lah.


okay asal aku emo lak ni. pdhal takde kena mngena ngan aku pun. saje nak share benda yg memang slalu jadik kat sekeliling kita.

Ni aku nak cita psl nuffnang plak. skrg aku menjana duit saku melalui nuffnang, disamping duit saku pemberian laki ku. hikhik. (gedik plak gelak camnih)



Nuffnang ni one of advertising company for blogger. aku dah lama join nuffnang since 1st blog aku dlu, tahun 2004.tapi dulu aku guna blogdrive, not blogspot. this time aku sengaja guna blogspot sbb nak tau jugak ape lebihnya blogspot compared to blogdrive.  ok back to nuffnang... kalau ko ade blog, so why not ko letak iklan nuffnang kat situ. tapi ko jgn la blogging semata2 nak dapatkan duit dari nuffnang. nnt kau tulis blog mcm tak ikhlas pulak sbb nak kejar buffered earning dari nuffnang. aku tak penah ah dapat banyak cam blogger otai Maria elena, redmummy, fatin liyana, cikepal, ben ashaari dll. tapi mase aku blaja kat kolej dulu dapatla jugak wang saku aku. takdo lah aku duk tiap2 minggu mintak duit mak bapak aku kan. kalau nak berjoli katak pun at least aku pkai duit titik peluh aku. (pdhal tulis blog bkn kuar peluh pun). cam blogger2 glamer yg aku tau, drg boleh earn up to rm30K per month okay dgn hanye tulis blog. aku takkan curang dgn engkau nuffnang walaupun byk lg company advertising lain.

jadi ape lagi, dari korang mengabehkan mase duk ngadap lappy,ipad,iphone ape2 jelah yg korang ade, why not korang buat sumthing yg ade faedah. cukup bulan, check duit, cash out then drg akan antar cek kat alamat rumah engkau. senang kan?

oklah, sebelum anak aku bangun baik aku mintak diri dulu. wateva it is, make sure u know which one is ur priority then just go on ape korang nak buat.

kat bawah ni ade few pics yg aku upload. lets cekidauddd yo~!





singing around the world around the world...


bagi main ni baru diam nangis.. sigh. budak zaman skrg. very the..


hah, main lah smpai puas. janji diam!



food lauks for iftar, alhamdulillah.

pucuk manis masak air + fucuk


telur puyuh sambal

ayam masak kicap madu (tak rase madu pun) gahaha




TAHNIAH Dato LCW! 

gurau senda dihari