Tuesday, 5 May 2015

dugaan buatmu si kecil

tempoh hari, Malaysia di kejutkan dengan berita mengenai kemalangan maut 3 beranak yang melibatkan suami, isteri dan bayi berusia 7 bulan meninggalkan 2 lagi anak perempuan berusia 7 tahun dan 4 tahun yang sewaktu itu tinggal bersama nenek.  entah mengapa hati aku begitu terkesan dengan kejadian ini. setiap kali melihatkan wajah 2 beradik ini. mereka menjadi yatim piatu sekelip mata.

sewaktu menaip entry ni pun, air mataku tak henti-henti mengalir. melihatkan mereka, aku terbayangkan anak-anakku suci dan wahyu. semoga Allah memberi mereka kekuatan untuk menempuhi kehidupan mendatang walaupum dugaan ini mereka lalui dikala usia yang terlalu muda.




No comments:

Post a Comment