Wednesday, 22 April 2015

Pengalaman diet sebulan turun 10kg

Lepas bersalinkan wahyu september 2013, berat aku naik tanpa ade belas simpati. Nak tercabut bijik mata and nak terkeluar jantung ni tiap kali pijak atas mesin penimbang.. Jadi pada january 2014 aku nekad nak kuruskan berat. Ok aku terus terang je mase tu berat aku 92kg okay mane tak rase nak pecah dada ni. So sebelum berat aku menggila cecah 3 digit, baik aku berubah sebelum terlambat. Mase tu aku belum tau lagi pasal atkins diet suma ni. So biasalah orang yang tanpa buat research pape terus nak diet semberono contohnya cam aku ni, so memang not-so-healthy-diet lah jawapnya. Benda pertama aku buat adelah cut nasik, mee, meehoon dan segala mak nenek carbs. Air manis pun tak minum, just minum air masak jer berliter-liter sampai rasa nak muntah. Silap aku, aku terus crash diet. Memang cara ni salah and please please jangan ikut. Memandangkan aku ni stay at home mom, so banyak masa aku kat rumah. Nak exercise gi jogging pun idok ler (alasan semata-mata padahal kat atas umah aku ni ade jer condo sediakan gym).. Tapi kalo dah dasar pemalas tu kan.. So aku cuma berharap pada exercise mop umah, vacuum umah, kemas umah and ade gak aku pasang lagu kuat-kuat pastu ajak suci dancing ngan aku. Memang berpeluh-peluh. Menu aku tiap-tiap hari adelah same. Aku akan panaskan air, letak chili flakes sikit bagi pedas and letak tauge. Takde garam takde apa. Bila panas-panas aku hirup. Memang tak sedap langsung sebab takde rase ape tapi apekan daya nak turunkan berat punya pasal. Sebijik epal hijau tu aku akan potong kecik-kecik and letak dalam peti. Bila lapar, selain minum air masak, aku akan ambik sepotong epal hijau tu and makan. Seminggu pertama memang hazab. Tapi lama-lama seronok plak sebab bila timbang, 1 hari mesti turun setengah kilo. 

Masa tu pakyong pun diet gak tapi dia buat cara die. Pakyong ni die punya diet memang mujarab and berkesan wei. Diet diet jap je badan die dah turun banyak gila. Breakfast die minum kopi tanpa gula. Roti bakar. Malam die makan buah-buahan 1 mangkuk. Sekejap je dah kurus. Aku? :( hari-hari makan sup tauge tawar. Weekend kitorang buat 1 hari untuk cheat day. Tapi still makan benda yang tak berat sangat. 

Hasilnya, dalam tempoh sebulan setengah berat aku turun dari 92kg ke 81kg. Happy gila! Target masa tu takmo turun banyak-banyak sangat. Aku nak dapatkan angka 7 kat depan cam 75kg ke. Dah dapat angka 7, then baru nak target turunkan ke angka 6 cam 66kg or 65kg.. Tapi sayangnya, mase tengah diet tu wahyu lak admit, saat ni lah diet aku hancusss lebusss ke laut jadinya. Sampaila sekarang :( berat aku sekarang usahlah ditanya. Huhuhu. So start isnin aritu aku start balik diet harap-harap berjayalah hendaknya. Cuma kali ni aku takmo "crash diet dah. Biar slow asalkan ade penurunan. Slow and steady. Semoga diri ini istiqamah hendaknya. Baju semua dah tak muat. Sedihnyaaaaa :(

         

         

          

         






5 comments:

  1. Seronoknya dpt turun byk berat badan. Sue pun ada lebih 5kg nk turun berat badan. Degil sungguh 5kg nk hilang.

    ReplyDelete
  2. Terbaik.. Bukan senang nak kurus tetapi kalau guna cara kuruskan badan yang betul. Mesti boleh punya.

    ReplyDelete