12 march lepas kan aku and pakyong punya anniversary. Mula-mula pakyong ajak dinner kat luar je sebab kitorang memang jarang makan kat luar. Kalo tak masak pun mesti tapau then balik makan kat rumah. Sebab budak bedua ni kalo datang mood okay, memang ok sangat. Tapi kalo dah start menangis menjerit secara berjemaah, tak tenang ku nak makan. Jadi baiklah makan dirumah sahaja. So hari khamis tersebut, memandangkan memang takmo dinner luar, so aku dendiam plan nak masak something untuk dinner berdua. Masak sesimple jer ape yang ade dalam peti aku. So bila dah tengok bahan-bahan yang ade, aku decide nak buat 1 kek nutella coklat, spaghetti aglio, chicken wings ngan air bandung. Hahhaa. Sendu je menu aku kan. Tapi biar la janji ku masak dengan penuh kasih sayang. Phui!
Memula buat kek ni dulu. Kek aku suka kukus sebab aku tak pandai bakar kek. Kang mesti hangus di luar pastu kat dalam tak masak. Nanti keras kedengkang jadinya. So kukus jelah senang. Dah siap ni so buh dalam peti. Dah dekat pakyong nak balik keje karang baru kuarkan. Tu pun sambil masak sambil bersilat ngan budak bedua ni. Dorang pantang betul la kalo aku duk dapur. Either nak mnyibuk ataupun menangis berjemaah. So nak taknak, jap masak jap benti main ngan dorang.
Chicken wings yang diperap. Karang tinggal nak bakar je. Bahan perap aku guna kicap manis, kicap masin, gula sikit dengan susu pekat manis. Kalo ade coke pun sedap kalo nak guna untuk perap.
wahhh awesome ;) tahniah
ReplyDeleteHehe simple2 je.. Mekasih dear :)
ReplyDelete