Thursday, 30 August 2012

Confirmed its teething!!

Salam & Hello everyone,

Belum terlambat lagi rasenya untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. Today hari ke-12 umat Islam seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidilfitri. Mesti korang smua dah sendat perut melantak pelbagai rendang, ketupat, lemang dan kuih-muih kan? hahaha, sebab aku pun sama. Ya Rabbi lepas ni aku memang nak kena turunkan balik berat badan. By hook or by crook!!

Hurm...Patutlah saket y'all, Suci punya gigi sudah tumbuhh! On the left side sebatang dan on the right side 2 batang. Normally baby tumbuh gigi around 6 months and kat tgh2, tapi Suci ni kat tepi2 pulak tumbuh giginya. No wonder she has been biting me like mad. 
Wuwuwuwu T__T... Ape nak buat ni...


amboi bukan main lagi yer :)

Thursday, 16 August 2012

Misi Aku

Salam & hello everyone,

Malam ni aku ade misi untuk mendapatkan pingat emas dalam olympic. Aku harap aku berjaya. At least pingat perak pun okay.

Hurm okay okay. Aku tipu. Sukan pun aku dah lame tak join. Ni kan pulak nak dapat pingat2 bagai.

Sebenarnya malam ni aku ada 1 misi penting. But im not telling you yet. That one will be in another entry.

Malam ni orang dah start balik kampung. Jadi kepada anda semua yang bergerak pulang ke kampung masing-masing, berhati-hati sewaktu memandu yer. 

Hurmmmm ;/
Suka sangat mengundur ke belakang. Dah stuck baru jerit panggil mama







Eee mama picit pipi kang

Wednesday, 15 August 2012

Jual Ikan

Salam & Hello everyone,

Sesungguhnya setiap sesuatu yang didoakan insyaAllah dimakbulkan Tuhan selagi niat dihati ikhlas. but somehow, when you desire something so bad, all you think is how to get through / do it no matter what it costs.

I'm feeling a little tired right now. Not sure what to blog about, don't wanna type something I might end up regretting. Gotta choose my words right.

But, am so frustrated bila i deal with this kind of "jual ikan" ppl. Not penjual ikan  atau fishmonger kat market tuh, tp ini Selfish punya orang. Arghh dunno lah wat to say. Semoga Tuhan merahmati hidup kau!

Enuff said~

Harini Suci a bit grumpy and cranky. Asal dia tengok mak dia bangun tinggal dia, terus menjerit. Aku pegang hengpong pun dia boleh menangis sebab nak aku layan dia sorang je. Bakpo lah mung ni uci oii. Aku check2 jugaklah badan dia sbb risau takut ade sumthing yg tak kene. Demam tak, kembung tak, poo pooo n pee pee okay jer. Adui dik, mak mati akal jap.

Oklah, thats all for now. Got something to do, as usual. Take care and have a good day people!

mak takmau layan, last2 tetido sendiri



imluvin'it

Nyawa aku

Mengandung dan Angin ibarat Irama dan Lagu (TIPS)

Salam & Hello everyone,

Masalah angin sewaktu mengandung ni memang menguji kesabaran maksima korang sebagai pompuan lebih-lebih lagi time posa camni. Ni bukan angin pus pus, angin lintang atau kepala angin. Tapi, ni angin yang ada kat dalam badan korang yang korang asyik duk sendawa atau kentut tu. Sebelum mengandung dulu aku ni memang jenis kuat angin dan gastrik. Bila dah mengandung makin menjadi-jadi anginnya ibarat ko buy one free one gitu...  Kadang-kadang korang terfikir tak kenapa korang dapat angin ni walaupun tak makan makanan bersulfur? Nak tau kenapa....?

Ini kerana semasa hamil, hormon progesteron yang penting untuk ‘membenarkan’ bayi membesar, juga memperlahankan pergerakan usus. Jadi bila pergerakan peristaltik usus menjadi perlahan, tindakan bakteria menjadikan gas yang banyak terbebas dari usus, menyebakbkan badan ibu senang berangin. Keadaan ini menyebabkan ibu hamil berasa tak selesa, mungkin mengalami sakit kepala, muntah dsb.

Read more http://vitaminsemulajadi.com/tips-atasi-badan-berangin-semasa-mengandung/


Memang seksa dan menyakitkan seluruh badan kau bila dah datang angin macam ni. Masa tu aku first trimester of pregnancy. asyik kentut  & sendawa je keja aku. tapi okay la kan bila dah kentut sebab angin kluar. then bila dah nak masuk second trimester, time tu mmg menguji kewarasan fikiran aku lah sebab angin dah terlalu banyak dalam badan, tapi angin tu taknak keluar. ibaratnya macam kau kena sembelit lah. sakit kan?

Pastu doctor recommendkan aku minum gaviscon liquid ni...





sampai menangis aku kena paksa makan ubat ngan laki aku. sebab ubat ni tak sedap. tapi bagus sebab memang angin kau akan keluar dengan lancar.

# courtesy of google image

Angin ni dia attack tak mengira tempat. kadang-kadang kat bahagian perut, dada, urat-urat pun sama. Kalau aku tahap angin serang kepala beb. Memang rasa nak muntah. Urut pun dah tak jalan. Majoriti aku boleh katakan time pregnant korang memang akan mengalami angin yang tak diundang ni.




TIPS UNTUK KURANGKAN ANGIN


1. makan banyak makanan fiber. cam roti, sayur-sayuran... yang lain-lain tu korang google la sendirik! hehe. tapi jangan terlebih amik fiber pulak sebab tu pun akan buat korang berangin


2. minum banyak air . bagos utk pelawasan




3. banyak lakukan senaman ringan

gambar aku time pregnant dulu. okay okay nampak nau aku menipu.



4. korang catat apa korang makan. if let say korang kene angin, pastu korang leh check apa yang korang dah makan


5. jangan skip breakfast



6. makan banyak buah-buahan




                                                                # courtesy of google image



More tips, recipes, travels.. Follow my

IG : ainismail
Facebook : nurmaizatul aini