Monday, 16 February 2015

Movie date dengan mek uci

Salam semua...

Christmas tempoh hari, jatuh pada hari khamis. So memandangkan Pakyong takde pape plan, so aku decide nak bawak suci kuar tgk movie. Nak keluar berdua je. So the boys duk kat rumah. Aku dengan suci berjimba diluar. Kehkehkeh. Memula ingat nak drive pegi Viva mall je dekat sikit dgn rumah. Kat situ ade MBO. Tp takde plak cita peguin of madagascar. Sebab niat aku nak bwk suci tgk cita tu. So ape lg ligatla otak aku berpikir last2 aku decide gi klcc jelah. Text abg yuni yg bwk teksi area umah aku. Leh tak antar aku pegi klcc. Dia on je so pagi tu lepas masak nasik lemak siap2 utk pakyong punya breakfast merangkap lunch, mandikan suci dan wahyu. Siap2 so begeraklah aku dan suci ke klcc. First time dating berdua je ngn anak dara. Thank you Pakyong sebab volunteer nak jage wahyu kat rumah. 



      Yeayy sonoknyaaa!!



Mintak nak naik ni. Layankan jelah.


Kitorang sampai lebih kurang kul 12. Nasib baik dah purchased tiket wayang online sesiap. Ya ampun ramainya manusia nak tgk wayang dihari kejadian. So lepas ambik tiket, bawak anak dara pegi mkn kat madam kwan. Movie pun lambat lg kul 2 ptg nnt.



Nasi bojari. Share je ngn mek uci. Dia ni pedas ke idak ke belasah je. Makan tak cerewet pun. Orderkan milo utk dia and aku ice lemon tea je.



Big girl dah. Next month dah nak masuk 3 tahun. Tak sabar nak plan birthday party untuk awak. 

Dah siap makan, bawak suci round kat taman pulak. Pusing sane pusing sini. Dah dekat nak kul 2 tu cecepat naik atas. 


Movie belum start dah nak separuh habis popcorn. Actually ni 1st time bawak suci tgk wayang. Nervous jugak at d 1st place tp takpe aku yakin dia mesti suka punyalah. So sangkaan aku mmg btl, sepanjang movie tu dia enjoy sgt2. Nyanyi menari and JAKUNNNN! Hahaha tenganga je sbb tgk screen besar sgt. Ok pasni kita plan lain pulak okay girl! 

Sampai umah kul 6, mandi, pakai baju tido. Siap2 nak suap mkn... Tengok2...


Jeng 






Jeng





Jeng









More tips, recipes, travelogs, follow :-

IG : ainismail
FB : nurmaizatul aini

Sunday, 15 February 2015

Wet World Shah Alam

Sebenarnya aku dah niat lama nak bawak budak-budak ni pergi mandi seronok-seronok. Tapi masa tu macam takde idea nak bawak pergi mana. Then tiba-tiba adik ipar aku bagi idea pergi Wet World Shah Alam. Ok bagus jugak idea ni. So far aku belum pernah sampai lagi kat Wet World ni. Best jugak sekali-sekala bagi anak-anak and family happy. Lagipun bukannya selalu dapat spend quality time macam ni. Aku pergi ditemani Mama Ayah mertua, adik-adik dan of course la Pakyong.
Kitorang sampai sana awal pagi sebab memang plan nak sampai pagi takmo bersesak-sesak memandangkan hari tu hari minggu. 



Jadual waktu operasi dan bayaran tiket masuk.

Kat sini korang tak boleh bawak masuk makanan dan minuman dari luar tau. Konsep dia macam kat Sunway Lagoon jugalah. Aku lak pergi bantai bawak nasik lemak 3 bungkus. Memang kena rampas dengan pengawas la jawapnya. Sian tau nasik lemak aku sampai basi sudahnya. Venchiii kedekut sangat ni.

Harga makanan kat dalam tu pulak mahal ya ampun. Sosej seketul pun dah $2.50 tapi takpelah bukannya selalu. Sian anak-anak nanti perut lapar.

Kat dalam tu nanti korang tak perlu risau sebab dorang ada sediakan Cabana untuk korang duduk. Korang cuma perlu sediakan duit je sebab Cabana ni korang kena sewa. Gitu. Pandaikan dorang punya marketing plan. Tiket masuk memang murah, tapi lepas korang sewa tu sewa ni nanti kiralah sendiri total cost berapa. hehehe. 


courtesy of google image


Sewa cabana adalah rm50. Tapi deposit korang kena letak another rm50. Deposit akan dipulangkan waktu kita pulangkan kunci cabana tu nanti.

Gambar tak banyak sangat sebab aku tak pegang hp sangat. Banyak gambar pakyong jer sebab dia yang paling sibuk duk GoPro dengan budak-budak ni. Gambar aku dengan Mama memang nanado la. huhuhu.




Abaikan aku yang dah macam dugong kekenyangan tu. 





Pakyong dan Suci. 


Kitorang ambik cabana yang betul-betul tepi kolam. Memang best sebab bila-bila jer boleh terjun. Kitorang yang terlebih excited sebenarnya.




Ayah dan Ija. Tengah setting camera sebab nak selfie dalam air. Comel je 2 beranak ni aku tengok. hehehe.

Dari kul 9 sampai ke petang kitorang kat sana. Lepas mandi, pastu makan pastu sambung balik mandi. Yang paling happy mestilah Suci sebab pebret dia la tu dapat swimming.





Pakyong dan Wahyu




Amboi bang banyaknya gambar. Kan aku dah cakap, gambar dorang je yang belambak. hahahaha. 






hahaahah tak bleh blah masing-masing punya pose. Sian mama takde dalam gambar sebab mama kat cabana. Jaga barang kitorang. Anak-anak suma excited mandi kolam mengalahkan uci ngan wawu. hahahha. ok tempat ni best so boleh repeat  lagi. Sekian.






Saturday, 14 February 2015

Aku dan Pap smear

Salam semua..


Here's a story for those of you who are worried about pap smears. I just got my first last year, on April 2014. Sebenarnye before nak buat entry pasal pap smear ni, aku cam malas nak share psl bende ni sbb terlalu personal utk aku. Rase mcm biarlah aku simpan je dalam lubuk sanubariku ini. Ececeh drama sgt ni.



Tp sebab memikirkan masih ramai kat luar sane yang takde kesedaran nak buat pap smear ni, meh aku nak share nape pap smear ni amat penting bg korang sebagai wanita yang dah berkahwin dan pernah melahirkan anak.

April 2014 (date aku dah lupa)

Seminggu sebelum tu aku kerap sakit kat bahagian bawah perut. Mcm senggugut tu tp lg sakit. Memula nak biarkan je tapi lama makin melampau plak sakitnya. So ngadu kat Pakyong. Dia suh aku buat appointment jumpa doctor memandangkan aku pun dah lame tak buat proper check up after deliver suci and wahyu. Mase ni pap smear pun aku belum buat. Sebabnya aku takut. Bodoh punya alasan. Disebabkan kedegilan aku, aku decide nak gi klinik je. So pakyong bawak aku gi Klinik Izham Pandan indah. Jumpa doctor explain sume, doc suh wat urine test. Air kencing aku koto plak time tu. So doc buat refer letter kene jumpa gynae.  Aku peram je surat tu sampai seminggu. Kehkehkeh. Lps seminggu tu pakyong berjaya jugak pujuk aku gi hospital. So aku try call satu2 gynae yg ade tp ssh nak dpt date sbb drg punya schedule mmg pack. Memula ingat nak try Doctor Seri sbb aku kalo bleh nak gynae pompuan. Tp jadual dia dah penuh kalo aku nak jumpe pun bleh slot in untuk July. Cehh sampai 4 bulan nak kene tunggu. So aku try call Gleneagles plak, nak try Dr Suhaiza salleh. Tak dapat. Mase tu aku tak berani nak pilih Datuk Dr Aziz Yahya sbb ade review cakap dia garang. So aku takut. Hahahha. Tp last2 Dr Aziz je yg ade 1 slot yg free pd hari aku nak pegi check up. Mmg berjodoh agaknya. Sebab sikit pun aku tak nyesal pilih dia. Sangat2 bagus. Recommended. Lepas dah buat appointment sume, pakyong teman aku gi hospital. Scan sume ok takde mslh. Tetiba doc tanya aku penah buat pap smear tak? So dgn jujurnya aku jwpla x penah. Pakyong lak besungguh suh aku buat pap smear sbb dah alang2 kan. So dengan berat ati aku pun buat. Ler jap je rupanya tak sampai 5 minit pun dan yang penting TAK SAKIT LANGSUNG! Doc bgtau result akan kuar dlm mase seminggu. If takde pape mslh dgn result, drg takkan call aku. Tp kalo result aku abnormal, then drg akan call untuk dtg balik. Aku pun balik dgn hati yang riang sbb ingatkan takde pape yg akan terjadi.




APAKAH PAP SMEAR
Pap Smear adalah ujian yang dijalankan melalui kaedah mengambil sampel atau calitan dari serviks. Pap smear adalah ujian yang sangat mudah dan tidak menyakitkan. Ianya boleh dilakukan di mana-mana klinik yang mempunyai peralatan ujian pap smear. Ianya tidak memerlukan bius dan pengambilan pap smear cuma memakan masa 2-3 minit sahaja.




BAGAIMANA PAP SMEAR BOLEH MENCEGAH  KANSER SERVIKS (PANGKAL RAHIM).
Sebelum terjadinya kanser serviks, sel-sel di kulit serviks akan melalui beberapa siri perubahan di mana sel-sel tersebut menjadi tidak normal dari segi saiz, rupa bentuk dan juga susunan sel. Sel-sel yang tidak normal ini bermula dari dalam lapisan kulit serviks.  Punca perubahan sel-sel di bahagian kulit serviks ini adalah akibat jangkitan sejenis virus yang dinamakan “Human Papilloma Virus” ataupun singkatan kepada HPV. Pra-kanser serviks adalah merujuk kepada peringkat di mana sel-sel yang tidak normal ini masih berada di dalam lapisan kulit serviks dan belum lagi merebak keluar .  Peringkat para-kanser bukanlah kanser dan rawatannya juga berbeza dengan rawatan kanser. Peringkat pra-kanser ini jika tidak dikesan dan dirawat boleh bertukar menjadi kanser. Tujuan utama ujian pap smear adalah untuk menyaring dan mengesan peringkat pra-kanser ini. Hasil dari pengesanan ini, rawatan yang sesuai akan dapat dilakukan. Apabila peringkat pra-kanser ini dirawat, maka wanita tersebut tentu sekali akan terhindar dari mendapat penyakit kanser pangkal rahim. Inilah caranya bagaimana pap smear dapat mengurangkan kadar kejadian kanser serviks.  


3 hari selepas itu (April 2014)

Mase ni aku kat Batu arang rumah in law aku. Aku stay sane sbb nak buat persiapan kawin adik ipar lelaki aku yang akan kahwin bulan May nnt. Pagi tu mase tgh main ngn suci wahyu, aku dpt call dari hospital. 
Mintak aku dtg hospital sebab result pap smear aku dah kluar dan ade sikit masalah.

Terdapat tiga peringkat pra-kanser di pangkal rahim iaitu:
a. CIN 1
b. CIN 2
c. CIN 3


According to Dr Aziz, aku punya peringkat masih awal. CIN 1. So mmg xde ubat utk aku mkn melainkan sel tersebut dibuang melalui proses LOOP CERVICAL BIOPSY. Huhu biasela aku si ratu air mata ni. Bile doc bgtau aku ape yg terjadi, terbayang wajah anak2 aku sume. Kehkehkeh. So doc bg tarikh utk aku admit ward utk buat proses tersebut.


Loop Electrosurgical Excision Procedure (LEEP)

(Large Loop Excision of the Transformation Zone [LLETZ], Large Loop Excision of the Cervix [LLEC], Loop Cone Biopsy of the Cervix)

What is a loop electrosurgical excision procedure (LEEP)?

Loop electrosurgical excision procedure (LEEP) uses a wire loop heated by electric current to remove cells and tissue as part of the diagnosis and treatment for abnormal or cancerous conditions in a woman’s lower genital tract.
The lower genital tract includes the cervix and vagina. The cervix is the lower, narrow part of the uterus (womb) and the vagina connects the cervix and the vulva (the external genitalia).
With LEEP, an electric current passes through the fine wire loop to cut away a thin layer of abnormal tissue. This tissue will be sent to the lab for examination. LEEP can also remove abnormal cells to allow healthy tissue to grow.
Other related procedures that may be used to diagnose cervical and vaginal conditions include Pap test, cervical biopsy, and colposcopy. Please see these procedures for additional information.
courtesy of google


May 2015 

Pada hari kejadian, aku kene start puasa lebih kurang jam 5 pagi. Anak-anak sume mak dan ayah mertua ku yang jaga. Tima kasih mama ayah. Pagi tu mil aku kejutkan bangun makan nasik goreng sebab pastu aku dah start kene puasa. LOOP tu akan dibuat pd jam 10 pagi. Lepas breakfast, aku dan pakyong bergerak ke Gleneagles ampang. Register masuk ward day care dulu. Then sorang nurse datang bgtau kes aku maybe lambat sikit sebab ade emergency case. So turn aku lebih kurang jam 3 petang. Mak lapar dah ni oi!!! Tunggu punye tunggu, sampailah aku punya turn. Tukar baju sebab proses ni buat dlm OT sebab kene bius penuh. Mintak maaf salam semua dengan pakyong, aku disorong masuk ke OT. Yang, kalo jd pape kat saya, syg jangan cepat kawin lain tau, jaga anak kita elok2. Muahahhaa drama lagi ni. Muntah semua nurse kat situ.





Mase kat dalam OT tu aku nampak je muka Dr Aziz terus ati aku tenang sikit. Dia ni baik sangat tau. Cam bapak bapak kita jugak. Dia datang kat aku.. Suh aku relax, bertenang. Dia cakap jangan risau dia jaga aku kat dalam OT tu bebaik. Mase tu ramai sungguh kat dalam tu. Ade pakar bius, tukang check BP. Yang aku ingat, pakar bius tu cakap dia nak cucuk tangan aku, boleh ke tidak? Aku jawap la boleh je pastu aku dah melayang ntah ke mane. Sedar2 sume dah siap. Rase sejuk gila menggigil-gigil. Dorang tolak aku kat tmpat recovery. Pastu bila bp aku suma dah ok, baru dorang tolak ke ward. Lagi seminggu baru Dr Aziz akan review result aku. LOOP tu sakit tak? Erm tak tau nak cakap. Sakit gak la sikit-sikit. Tp sakit lg jahit branak. Wuwuwuwu.


Seminggu kemudian... 




Alhamdulillah sekarang aku dah beransur pulih dan sihat.. Sel-sel tu sume pun dah takde dalam badan aku. Nasib baik aku terbuka hati nak buat pap smear tu. Kalo tak, entahlah. Tima kasih kat suami aku sebab paksa aku buat pap smear ni. Korang dah buat ke belum niiiiii??? 




More tips, recipes, travelogs, follow :-

IG : ainismail
FB : nurmaizatul aini

Friday, 13 February 2015

Datuk Nik Abdul Aziz Meninggal Dunia.

Assalammualaikum,

Ya Allah, aku still lagi terkejut dengan berita ni. Semalam masa tengah tengok buletin Awani dengan Ma Abah aku, tiba-tiba abah cakap, Eh Tok Guru Nik Aziz meninggal. Rasa macam tak percaya pun ada. Namun itulah realiti kehidupan. Yang hidup pasti akan Kembali pada sang Penciptanya. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Tok Guru. Malaysia amat merasakan kehilanganmu Tok Guru.


courtesy of google image