Saturday 28 February 2015

Birthday Suci

Salam hujung minggu semua. Birthday Anggun Suci yang 3 tahun dah makin hampir. So disebabkan 1st and 2nd birthday Suci dulu aku just celebrate ala kadar jer, jadi tahun ni aku plan nak sambut proper sikitlah. Nak ajak kawan-kawan yang same age dengan dia, ade tiup-tiup lilin. Tapi kalo ikutkan birthday sebelum ni ade tiup-tiup lilin gaks. Tu pun nama ala kadar ke? hahahha zaman sekarang kot. 

Kalo zaman aku dulu, ade kek sebijik, lilin sebatang, mak goreng bihun sebungkus dua tu pun dah kira gempak gila. Tapi takpelah, demi untuk anak dara aku sorang ni, at least bagilah dia merasa sekali seumur hidup. sebab mak dia ni pun bukan rajin sangat nak plan benda-benda macam ni.

So sekarang ni aku plak yang terlebih excited duk plan memacam. Tempat dah ade cuma kek, catering ape lagi belum book. Aku cam tak tau nak mula dari mana. Tema pun dah ade. Masa ade lebih kurang 3 minggu lagi ni. Sempat tak ek? 

Ade tak tempat yang sediakan terus makan minum, party pack, cake...hahhaha melampau sangat aku ni...






Friday 27 February 2015

Seorang wanita itu....

Sesungguhnya, hanya Tuhan yang mengetahui rahsia disebalik seorang wanita. Pelbagai dugaan dan cabaran dihadapi seorang wanita itu yang pada zahirnya kelihatan tenang. 




Hati wanita terlalu lembut. Zahirnya wanita nampak berbeza. Tapi batinnya, wanita cuma punya HATI yang sama. Iatu kuat dan tabah.

Wanita adalah insan yang paling kuat
Dia masih mampu berkata, "saya ok" walaupun hatinya retak seribu
Dia masih mampu tersenyum walaupun hatinya retak seribu
Dia masih mampu menolak egonya demi orang yang mereka sayang

Allah telah mencipta hati kita diselaputi dengan sifat yang lembut
Di sebalik degil kita, Allah salutkan dengan kesabaran,
Di sebalik ego kita, Allah salutkan dengan ketabahan,
Di sebalik rasa sedih dan luka, Allah salutkan dengan kekuatan dan bila disakiti
Di sebalik 'nakal' kita, Allah salutkan dengan sifat setia dan taat
Itulah keindahan kejadian wanita

Oleh itu, dengan kelembutan hati wanita ini boleh mententeramkan jiwa lelaki yang bernama suami
Dengan kesabaran hati wanita inilah dapat mendidik anak2 hingga dewasa
Dengan hati wanita sebeginilah dapatmenahan kerenah anak2 dan juga suami walaupun hatinya disakiti
Dengan hati wanita sebeginilah diamencurahkan segala kasih sayang dan kesetiaan hanya utk suami

Kadang2 kita terlupa yang fitrahnya Allah mencipta hati kita yang cukup kuat
Bila emosi kita lebih menguasai hati, kita lupa betapa tabah dan kuatnya hati ini
Betapa cantiknya ciptaan seorang wanita di sebalik kekuatan hati masih terselit sifat kelembutan
Betapa cantiknya ciptaan seorang wanita jika kita bijak mengawal segalanya rasa fitrah kita dan bijaksana

Untuk kaum sejenisku di luar sana
Jika kita sedar yang Allah ciptakan betapa kuatnya hati kita
Jadi tak perlulah kita jatuh jika ditimpa ujian2 yang menyakitkan
Memang tak dinafikan, emosi kita terkadang melebihi rasa ingin jatuh, rapuh bila ditimpa ujian

Tapi fikirlah, setiap ujian yang Allah bagi itu bersebab
Allah beri ujian atas kemampuan kita atas ketabahan kita
Jika nak menangis, menangislah sepuas hati
Tapi yakinlah, di sebalik ujian itu ada rahmat yang cukup besar

Jika kita jatuh ditimpa ujian, cepat2lah kita bangun
Jangan tunjukan yang kita lemah, jangan tunjukan kesedihan kita depan orang
Bangun, kuat dan tabah menghadapi apa saja jenis ujian
Sentiasalah bersedia dengan apa saja kemungkinan yang Allah turunkan
Seindahan hiasan adalah wanita solehah

Hari ini kita jatuh sbb dilukai, rasa dikianati, rasa terkilan, rasa sedih, sakit
Tapi dengan rasa 'sakit' dan 'luka' itulah mengajar kita tentang erti hidup yang sebenar-benarnya
Jangan kesal dan jangan merungut. Jangan berkata.."Aku tak kuat"..Jangan!!
Pengalaman yang kita lalui dalam hidup kita adalah persediaan agar kita lebih bersedia dan lebih mengingati Allah

Ujian itu datang dari Allah, kebahagian juga datang dari Allah. Indahnya wanita Allah ciptakan sekeping hati yang kuat.Sentiasalah REDHA dan IKHLAS menghadapi  segala jenis ujian.

Hati yang semuanya sama. Walaupun zahir setiap wanita itu kelihatan berbeza. Tapi mereka punya rasa yang sama. Hati yang sama. Naluri yang sama. Hati wanita merasa yang sama dengan wanita lain. Wanitalah yang memahami sesama wanita. Dan sama-samalah menjadi wanita yang cantik di mata Allah.

Jika hati tenang, pasti keimanan akan datang. Bersihkan hati dari sifat benci, marah, sombong, bongkak. Sulamilah diri dengan sifat2 yang dicintai Allah.

Cintailah Allah, maka cintailah suami dan tempatkan utk wanita solehah adalah syurga nan abadi.


Jalanilah hidup ini dengan seadanya, jangan larut dalam khayalan dan jangan hanyut dalam imaginasi yang berlebihan. Hadapi hidup ini, kawallah jiwa kita untuk dapat menerimanya serta menikmatinya!
Bagaimanapun kita, tidak mungkin semua sahabat kita itu ikhlas kepada kita dan semua perkara akan sempurna dimata kita.
Sebab keikhlasan dan kesempurnaan itu ciri dan sifat kehidupan dunia. Bahkan, mungkin kita juga melihat isteri atau suami kita pun tidak akan pernah sempurna dimata kita.
Tapi janganlah kita membenci dia, kerana jika kita tidak menyukai salah satu perangainya, mungkin  kita akan menyukai perangai dia yang lain.
Marilah kita menyatukan langkah, saling memaafkan dan berdamai kembali, meninggalkan perkara – perkara yang menyusahkan, menutup mata dari beberapa perkara untuk saat tertentu dan melupakan perkara – perkara yang menggangu.
Buat apa kita menghabiskan air mata
dan membiarkan hati gelisah kerana bersedih?
Serahkan sahaja semua itu sepenuhnya
kepada tuhan yang maha Mulia
Kerana jika hati sudah menjadi tenang
maka jalan keluar pasti akan terbuka..

Thursday 26 February 2015

Cara nak block invitation Games kat facebook

Aku pasti dan yakin ramai diantara korang yang menyampah and rasa semak bila tengok ade notification kat facebook, korang ingat tu mesti notification orang yang like status or gambar korang tapi hampa rupa-rupanya tu adelah notification rakan FB yang invite main candy crush and bermacam games lah yang ada kat FB tu. Eh, macam aku jer tu yang menyampah ngan geram tu. YAAA aku memang cukup meluat tengok notification berlambak tak kira siang tak kira malam tapi rupanya invite main games. GRRR memang boleh mendatangkan marah sampai tahap nak block orang tu dari FB. Tapi aku tak block tau, hampir hampir jer. So arini aku share dengan korang serba sedikit cara nak off notification tu dari terus berlambak-lambak kat facebook korang.

How to block all Facebook game and app requests on iPhone and iPad

  1. Launch the Facebook app on your iPhone or iPad.
  2. Tap on the More button in the bottom navigation.
  3. Tap on Settings — it's all the way at the bottom so you'll need to scroll down a ways.
  4. Tap on Notifications.
  5. Tap on Mobile Push under the How You Get Notifications section.
  6. Uncheck Application Requests and Application Invites.

You can repeat this process for email, text, message, and on Facebook too so you stop app and game requests everywhere. Keep in mind that this blocks requests from all apps, not just games. It doesn't mean you won't receive notifications for apps you've added yourself, but just ones other people send you that you haven't added on your own first.

courtesy of -  http://m.imore.com/how-block-facebook-game-requests-iphone-and-ipad



Wednesday 25 February 2015

Resipi Macaroni carbonara Mudah


Resipi ini telah diberi dan diolah oleh kakak aku Kak Suzi. Sebab dia yang paling terror masak western. Aku? aku terror makan jer. Resipi gempak-gempak mana aku reti. So tempoh hari kakak aku ada share macam mana nak buat Macaroni carbonara cheese.





Bahan-bahan yang diperlukan

- susu segar 2 kotak
- cendawan butang 1 tin
- macaroni 1 bungkus
- basil / parsley
- serbuk lada hitam
-  parmesan cheese
- beef strip / pepperoni
- bawang putih 4 ulas
- telur 2 biji
- minyak masak




Mula-mula rebus dulu macaroni sampai lembut. Letak sikit minyak untuk tak bagi macaroni melekat antara 1 sama lain.



Sementara tu korang boleh potong bawang, cendawan dan juji beef strips tu, Potong ikut suka korang lah camne pun.




Masukkan minyak dalam kuali, jangan banyak sangat okay. Then korang saute pepperoni tu kasik brown then masukkan bawang lepastu cendawan jangan dilupakan.





Agak-agak bawang dah layu, korang masukkan fresh milk dua kotak kecik. Bila dah menggelegak korang bolehlah masukkan basil / parsley. Kalau takde pun takpe. Ni optional. Garam takyah bubuh sebab pepperoni dan cheese tu dah masin. Nak letak pun takpe terpulang kat korangla.





Kemudian masukkan parmesan cheese. Lagi banyak cheese lagi sedap. Kasi simmer with low heat till pekat sikit then bubuh telur yang dipukul 2 bijik. 




Masukkan macaroni dan juga serbuk lada hitam.




Bagi yang tekak melayu.com cam aku ni korang boleh tambah cili padi bagi terangkat sikit. ok siappp! selamat mencuba!








Tuesday 24 February 2015

Cotton Buds untuk bayi


Assalammualaikum sumer.

Harini aku nak share something dengan korang yang teringin nak korek telinga anak tapi still rasa takut-takut andai tercucuk telinga anak korang. Aku paham sebab aku ni pun kengkadang geram bila tengok telinga dua beradik ni penuh dengan "aset emas". paham-pahamlah korang. Itu hari masa aku pergi farmasi caring, aku terjumpa cotton buds ni. So aku rembatlah satu nak try ok ke tidak. 








Ok so kesimpulan yang aku boleh buat adelah benda ni sangat bagus. Pertamanya korang boleh tengok dia punya kapas hujung tu. Bukan macam cotton buds yang orang dewasa selalu guna tu. So bila aku korek telinga Suci, permukaan bawah yang lebar tu dapat elakkan kapas tu tercucuk lebih dalam. Eh korang paham ke tidak apa aku sampaikan ni. Apesal pelik je rase bahasa aku guna ni. hahah lantak situ.




Layan je mama korek telinga dia kan sampai tetido-tido. Eh ngada sangat ni.






So lepas ni boleh la aku buang tahi telinga dua beradik ni dengan aman. Kalo tak asal spot check telinga jer mesti aku sakit jiwa. Penuh hasil emas tembaga kat dalam. Tu belum lagi aku spot check rambut sorang-sorang. Setiap hari WAJIB kena syampu sebab suci dengan wahyu ni rambut panjang. Pastu kuat berpeluh. Kalo aku tak syampu memang busuk loya tekak aku. Tau bau hapak tak? Haaa tu la bau rambut dorang kalo tak disyampu. 2 beradik ni suka mandi tapi tak suka syampu. korang ingat mama heran? Memang aku paksa la syampu rambut sensorang gonyoh-gonyoh kepala tu sampai meraung. Agaknya mesti dorang tak suka aku mandikan dorang kan? Korang tak tau zaman mama kecik dulu nenek korang sental badan mama guna berus sabut coklat tu nak bagi bersih. hahaha.

Monday 23 February 2015

Resipi Ayam Berempah Simple Jer

Haritu bukak peti tengok ade separuh lagi ayam yang belum dimasak. pikir punya pikir nak masak apa so aku decide buat ayam goreng berempah lah. makan lak dengan nasik lemak dan sambal udang. memang berkilo-kilo lah lemak dalam pankreas aku ni. so cam biasalah resipi aku ni simple jer dan asal boleh. nape asal boleh? sebab ikut bahan yang ada dalam peti aku ni ha. mana yang takde aku skip jer.








Bahan-bahan

Ayam 5-6 ketul size sederhana.
serai 3 batang (dikisar)
bawang merah 5 biji (dikisar)
bawang putih 2 ulas (dikisar)
kunyit hidup agak-agak je (dikisar)
halia seinci (dikisar)
garam

Cara-cara

Ayam tu nanti korang perap jer dengan bahan kisar tu. lagi lama perap lagi sedap. garam jangan lupa ya. 


Perap ayam bersama bahan-bahan kisar.




Goreng bersama minyak yang panas.




Sedia untuk dingapppp.... habuk tu korang ambik skali tau. tu yang buat lagi sedap. aku panggil habuk, tak taulah korang panggil apa.

Sunday 22 February 2015

Tahniah pemenang Giveaway!

Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih sebab sudi sesama memeriahkan GA yg aku wat sempena Chinese new year 2015.. korang mmg best.. Walaupun ade sesetengah tu aku suruh letak url blog / facebook di ruangan komen blog aku ni tapi korang bantai email aku je url tu tapi takpe. Aku still terharu sebab ada jugak yang sudi nak join giveaway ni. So pemenang kita pada kali ni ade lah...

Jeng



Jeng



Jeng!!!


        
      Picture courtesy of google image

Pemenang dipilih berdasarkan tarikh pada hari ini yang mane berkaitan dengan nombor 2.. Penyertaan kedua untuk giveaway ini adelah

Syuhada


syuhada79.blogspot.com/giveaway-from-mommasuci-sempena-chinese.html



Di harap pemenang dpt email kat aini.ismails@gmail.com selewat-lewatnya hingga Isnin 12 malam.. kalau tiada maklumbalas selepas waktu tersebut hadiah terpaksa di serahkan pada yang lain..

Sila emailkan nama, alamat dan apa2 yg patutlah ye.. hehehe..Tahniah pd yg menang.. Yang tak menang kita cuba lagi nanti ye..bulan depan ade giveaway istimewa sempena anniversary perkahwinan aini yang ke 5 tahun. Tungggguuuu~


Saturday 21 February 2015

Resipi Kerabu Pucuk Paku

Assalammualaikum korang.

Tempoh hari masa aku kat kampung, ade orang bagi secekak (betul ke secekak? cikgu BM jangan marah aku ya) pucuk paku. Mula-mula ingat nak buat masak lemak pucuk paku. tapi dah selalu sangat makan masak lemak so aku dengan mak decide buat kerabulah. sedap jugak makan dengan nasik panas-panas dan sambal belacan.

So ini adalah resipi mak aku. Lets cekidaut.






Bahan-bahan

Ikan selayang 3 ekor (direbus / panggang)
kelapa Parut 1 biji (disangai)
Pucuk paku (dicelur)
bawang merah 3 biji (ditumbuk)
santan
cili api sebiji (dipotong halus) optional
serai sebatang (diracik halus)

Cara-caranya


ikan selayang yang dipanggang. tanpa minyak.




pucuk paku dicelur. ketepikan.




bawang merah ditumbuk bersama cili padi. setelah lumat, campurkan isi ikan yang telah dipanggang. tulang sila buang ya kalau takmo tecekik.



serai yang telah diracik halus. campurkan sekali dengan bawang tumbuk.




lupa nak snap gambar kelapa parut yang disangai. Ni yang aku dan campur pucuk paku dah. tapi senang je, lepas sangai kelapa tu, masukkan sikit santan, bagi santan tu masak dulu. ni PETUA untuk bagi kerabu ni lambat basi tau. agak-agak kelapa tu dah elok dan santan tu masak, masukkan bawang yang ditumbuk beserta pucuk paku. Gaul dan siap untuk dimakan!



Kerabu Pucuk Paku 






Friday 20 February 2015

Sayang Nuffnang


Alhamdulillah walaupun suatu masa dulu aku stop blogging almost 2 tahun, tapi akaun nuffnang makin bertambah. Pada sape yang ade akaun nuffnang tu mesti faham perasaan happy bila tengok duit tu makin bertambah. sape kata blogging ni buang masa buang tenaga? tulis blog pun boleh jana pendapatan. cuma kena sabar dan usaha jer. tapi aku tulis blog ni ikhlas tau bukan sekadar nak duit jer. aku seronok share ape yang aku lalui setiap hari. so bila 3-4 tahun lagi aku ade lah kenangan yang aku boleh baca balik dalam belog ni. 

kalau ade yang tanya, betul ke nuffnang ni boleh buat duit? jawapan aku adelah YA. tapi bukanla bermakna korang register, tepek iklan nuffnang kat blog korang pastu duit nuffnang tu terus beranak pinak. korang kenalah sabar dan usaha sikit. hari-hari update blog. rajin buat survey. rajin keep in touch dengan nuffnang. tapi memula korang kena  Register akaun nuffnang dulu ;) then copy coding dia tepek kat sidebar.win-win situation.. nuffnang akan siarkan iklan client kat sidebar korang atas persetujuan korang. if traffic kat blog korang tinggi, Insha Allah client akan suka nak tumpang iklan kat sidebar.. haa camtula lebih kurang. 

pape pun korang pegi kat website nuffnang http://nuffnang.com.my nnt dorang akan guide. selamat berblog dan bernuffnang. so far semalam iklan aku dari 2 dah bertambah jadi 7. Alhamdulillah happy sangat.

Terima kasih Nuffnang. Sayang Nuffnang!





Thursday 19 February 2015

Makan-makan

Yeayy update lagi! Makanan, sape tak suka makan sumerang suka makan betul tak? So entry kali ni aku letak semua makanan yang sempat aku snap. Sebab kengkadang lupa, dah siap makan baru teringat nak ambik gambar. Ehh dulu bukan penah kuar dalam paper ke orang suka upload gambar makanan ni sakit mental? Eh eh. Blog aku sukati akulah nak letak ape pun. Kekeke blagak bukan main ni.

Aku ni jenis tak cerewet langsung pasal makanan. Makan kat mane-mane pun aku tak kisah janji halal lah kan. Kat rumah pun same, pakyong jenis yang tak cerewet ape aku masak semua dia makan. Kengkadang kalo dah tak sempat sangat nak masak, kitorang makan luar or tapau aje. Senang. Hidup jangan nak complicated sangat. Mane sempat kau buat, dah tak sempat tak payah.

  
Ni mase keluar dengan suci tempoh hari kat klcc. Nasi bojari. Ok-okla. Ade ayam goreng, udang sambal dengan rendang. Biase-biase je pada tekak aku tapi ayam dia sedap. Ish telan ailio plak.


     

Meatball spaghetti with bolognese sauce and cheese. Yang ni pakyong mintak aku masakkan sebab teliur katanye. Sonang jo sume campak-campak jer.


        

Masak lemak pisang. Mak aku masak. Sedapppppnyaaaaaa.. Makan pulak dengan sambal belacan. 3 pinggan settle.


        

Ni masa kat Bandung. Bebek pedas katanye. Rupa kurang memberangsangkan tapi rase dia not so bad. Boleh laa.



Duck wantan noodles. Kat foodcourt pavilion. Yang ni peberet aku. Sedap nau nau.



Aritu masak siakap 3 rasa untuk dinner.



          

Ni last week teliur nak makan mangga asam boi. So try buat abis 1 tupperware. 
Ketagih betul benda ni.

   
Nasi daun pisang Nirwana Bangsar. Peria goreng tu sedap betul.. Telan ailio dah aku ni. 


    

Peberet aku jugak ni. Masak seperiuk terus kuah makan lah sampai muntah.




Seafood Spaghetti kat Kopibin. Boleh tahan la.




Teruknya kualiti gambar handphone aku ni. huhuhu. Nasik lemak Ayam Rendang Rasa Utara. Rendang dia not bad.





Lauk yang boleh buat aku tambah nasik 2-3 kali. Budu ulam dan ikan goreng. Lauk paling senang nak masak. Muahaha. Tapi kat rumah takde geng nak makan budu sebab pakyonh jeling sebelah mata je tengok aku makan ni. Kampung katanye. Kalo balik batu arang, adik ipar aku yang paling kecik tu geng budu aku. Hehhehe. 

Sekian.... 








Wednesday 18 February 2015

Giveaway from Mommasuci sempena Chinese New Year










Syarat2 nak join mudah je :

1. Keutamaan bg yg jd followers blog aini.. yg takde blog pun boleh gak jd follower, just create google account je..pastu click button follow kat sidebar tepi ni. tak pun kalo korang malas nak create google account, korang boleh share entry giveaway ni kat facebook korang. senang kan?

2. Copy paste entry ni balik dan Letak entry ni kat blog korang bagi yg ada blog.. yg takde blog korang share kat facebook je ye..

3. Tag 2 org kawan anda

4. Yang dah join SILA LETAK LINK BLOG ATAU FACEBOOK KORANG DIRUANG KOMEN DI BAWAH INI.. utk aini buat terjahan.. just tulis "SAYA DAH JOIN" beserta blog address / fb address. LETAK KAT COMMENT BOX BLOG MOMMASUCI OKAY.

5. Keputusan aini akan umumkan pada hari AHAD, 22 FEBRUARY 2015.


Hadiah yg di tawarkan :













Buffet Voucher di Restaurant Pak John Steamboat & Yong Tau Foo bernilai RM50.00. 

CEPATTTTT ADE 5 HARI JER LAGIIIIII!!!

SAYANGGGG KORANGGGG MUAHH!





Tuesday 17 February 2015

Ragam anak-anak

Alhamdulillah sudah hampir 3 tahun Allah bagi aku peluang untuk bergelar ibu. Pengalaman yang tak mungkin aku lupa dan sia-siakan. March depan suci dah nak masuk 3 tahun. Aku pun dah start buat survey pre-school yang sesuai untuk suci. Tapi tak rushing sangat lah just tengok2 dulu mana tempat yang sesuai. Anak dara aku sorang ni alhamdulillah setakat ni senang nak jaga. Tak cerewet langsung bab makan. Tinggal lagi perangai suka nangis tu je nak kene kurangkan. Ikut perangai sape lah tu. Kengkadang kat umah kalo 2 beradik ni melalak secara berjemaah memang menguji kesabaran aku betul. Lagi-lagi kalo time tu aku tengah sibuk kat dapur, nak pecah dada ni rasanya.

       
Buah hati aku. Kuat main kuat gaduh kuat nangis. 



Kengkadang aku pujuk. Kengkadang aku biarkan saje. Dorang ni kan time aku sibuk nak uruskan kerja rumah time tu lah dorang nak bergaduh pastu nangis kuat-kuat. Aku ni jap lari ke depan pastu ke dapur pastu gi jemo kain. Dah macam pompuan sewel dah kalo orang tengok. Muahahhaa. Tak complain okay sebab tu memang tanggungjawab aku. Saje nak meluahkan perasaan.



        
         Partner in crime



Wahyu sekarang dah setahun 4 bulan. Lasak bukan main tapi manjer suka nangis. Buat muka kesian tu kepakaran dia. Tu yang selalu buat mak dia cair tak sampai hati nak marah. Tapi kadang-kadang keluar jugak suara mak tiri aku ni. Pastu stress. Kehkehkeh.

Suci lak dah start nak bercakap. Dia tu boleh sebenarnya bercakap tapi still malu-malu. Ayat favorite dia, 

'Maaaa yummy..' Maknanye dia nak makan

'Maaaa water..' Maknanye dia nak air masak

'Maaaa shushu...' Maknanye dia nak susu

'Maaaa cookie...' Maknanye die nak biskut

'Maaaa keropets..' Maknanye die nak makan keropok

'Maaaa takuttt takuttt..' Maknanye dia takut especially tengok kartun yang dia tak suka.

'Baby dont cry..' 
'Baby jangannnnnn...' Hahha kalo kene kacau ngan adik.
'Baby goooooo' 

Macam-macam ler lagi ada yang aku paham ade yang tidak. Tapi aku perasan suci dari dia umur setahun dia suka main flash cards. So aku and pakyong selalu belikan dia flash cards dan buku. So far ade beberapa buku yang dia dah habis baca. Paling dia suka animal book. Ipad aku bagi jugak tapi ade hadnya. Aku takmo hidup dia semata-mata dengan ipad jer. 


    




       





Mama antekk tak topi wawu..? Hahahaha. Macam macam la korang. Sakit jantung aku.